Tuesday, April 9, 2013
Wednesday, April 3, 2013
DIPLOMA CHURCH MINISTRY (Dip CM)
SUBJEK KELUARGA KRISTIAN
TUGASAN: KELUARGA KRISTIAN
PELAJAR
MANUEL AKIUN
SEMINARI TEOLOGI SABAH (STS)
PENGENALAN
Kehidupan
manusia dalam plantet bumi pada dasarnya ditunjang oleh 1.5 bilion keluarga
yang telah membentuk 7 bilion penduduk bumi (www.factfish.com/word-statistics).
Tanpa keluarga tidak adalah masyarakat, tanpa masyarakat tidak adalah kehidupan
sosial manusia, tanpa kehidupan sosial tidak adalah komunikasi manusia. Dengan
kata lain keluarga diperlukan bagi meneruskan kehidupan manusia dimuka bumi (www.datu nasrun.com Mac 2012).
Kejadian 1: 27-28 “Maka Allah
menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya
dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. Allah memberkati mereka,
lalu Allah berfirman kepada mereka; “Beranakcuculah dan bertambah banyak;
berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala
binatang yang merayap di bumi” Begitulah Allah menciptakan manusia, Allah
menciptaan laki-laki dan perempuan agar mereka bersatu membentuk satu ikat dan
menjadi sebuah keluarga yang akan melahirkan anak-anak yang akan melangsungkan
kehidupan manusia.
Kejadian 2: 24 “Sebab itu seorang
laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya,
sehingga keduanya menjadi satu daging”. Idea berkawin dan mendirikan
rumahtangga adalah kehendak Allah sendiri. Melalui keluarga Allah memberkati
manusia dengan memberi mereka anak agar manusia dapat menguasai dunia ini demi
kebaikan sejagat.
Begitulah pentingnya keluarga, oleh
sebab itu kita perlu sedar hakikat ini agar kita dapat mempertahankan institusi
keluarga atau lebih tepat lagi keluarga kita sendiri, dan teristemewa bagi keluarga
Kristian. Agar tidak punah di muka bumi. Persoalannya bagaimana kita mempertahankan
keluarga kususnya keluarga Kristian. Kerana kita melihat memang banyak institusi keluarga Kristian porak poranda pada
zaman ini.
Dalam
makalah ringkas ini saya memberi beberapa saranan bagaimana mempertahankan keluarga Kristian
iaitu dengan membahagiakan keluarga dan peranan gereja dalam memperkasakan
institusi kekeluargaan.
DEFINISI KELUARGA
Sebelum
memperkatakan lebih lanjut lagi tentang keluarga, disini saya ingin memberi beberapa
definisi tentang keluarga;
Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang
dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan
atau pengambilan anak angkat. (Wikipedia Bebas 2013)
Di Barat,
keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan
darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat.
Banyak ahli antropologi berpendapat istilah "darah" perlu difahami
secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep
berkeluarga yang tidak bersandarkan "darah". (Wikipedia Bebas 2013)
Berdasarkan
antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah
bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial iaitu
perkahwinan. Bagi anak - anak, keluarga bersifat orientasi, iaitu
keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui
pendidikan, aktiviti keagamaan, aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat
prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan
mensosialkan zuriat. (Wikipedia Bebas 2013)
Keluarga
merupakan sebuah institusi yang dinamik. Dalam masyarakat tradisi peranan
keluarga dalam semua aspek menjadi lebih ketara, dan kedudukan keluarga sebagai
sebuah institusi lebih penting. Peranan ibu bapa lebih besar dalam masyarakat
tradisi daripada peranan keluarga dalam masyarakat moden. Keluarga dalam masyarakat
tradisi Malaysia pada zaman dahulu merupakan masyarakat yang tertutup, akan
tetapi hormat-menghormati sesama anggota dalam komuniti, ini amat penting dan
merupakan tali pengikat antara anggotanya. Dengan lain perkataan, anggota
masyarakat pada ketika itu hidup saling nasihat-menasihati sesama mereka. Jika
seorang anggota masyarakat melakukan kesalahan, maka kewajipan anggota dalam
komuniti itu pula menasihat atau menyelesaikannya. (Prof. Madya Dr. Azizij Yahaya dlm
Pembentukan keluarga bahagia 2010)
GEJALA KERUNTUHAN KELUARGA DI MALAYSIA
Mengikut
statistik 2011, dikatakan 77 kes perceriaan sehari direkodkan di Malaysia atau
3 perceraian direkodkan dalam sejam (cikgufendi85.blogspot.com), walaupun
fakta ini tidak menyebut secara langsung keluarga Kristian tetapi kita dapat
bayangkan betapa seriusnya kes percerian dalam masyarakat kita.
Antara
penyebab percerian dalam masyarakat Malaysia adalah:
3) Kelemahan
dalam komunikasi sesama pasangan (wangcyber.com)
4) Masalah
dalam pengurusan kewangan (wangcyber.com)
5) Lemah
dalam kerohanian (wangcyber.com)
Keruntuhan
kelurga dalam masyarakat kita dewasa ini saya berpendapat ianya dapat dicegah
sekiranya keluarga kita dalam keadaan bahagia. Bahagia dalam erti kata keluarga
yang berjaya menjadi institusi yang mampu menjaga, mendidik (rohani dan
duniawi), memberi kasih sayang dan memberi perlindungan kepada semua ahli
keluarganya serta dapat melahirkan zuriat yang sihat.
Berikut beberapa saranan yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan kita.
KELUARGA KRISTIAN YANG BAHAGIA
Pertama untuk mengekalkan kebahagian dalam sesebuah
keluarga kita perlu menjemput Tuhan Yesus
hadir dalam keluarga kita. Yohanes 2: 2, dikatakan bahawa Tuhan Yesus dijemput
hadir dalam satu majlis perkhawinan di
Kanaan. Untuk mengalami kebahagian yang berkekalan kita perlu menjemput Tuhan Yesus
masuk ke dalam keluarga kita (Michael Hung September
2010).
Menjemput Tuhan Yesus bererti kita mempersatu Kristus
dengan keluarga kita. Bayangkan kalau perdana manteri Malaysia tinggal dalam
rumah kita, sudah tentu segala kuasa, kekayaan dan pengaruh sebagi perdana
menteri Malaysia ada dalam keluarga kita. Matius 28: 18 “Kepada-Ku telah
diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi”. Jadi kalau Tuhan Yesus kita
jemput dan tinggal dalam keluarga kita, ini bererti kita menjemput segala kuasa
yang dimilikinya tinggal dalam keluarga kita. Saya percaya kuasa yang di miliki
oleh Tuhan kita jauh lebih besar daripada segala masalah dan pergolakan dalam keluarga
kita. Tidakkah ini akan menjamin keutuhan dan kebahagian keluarga kita nanti.
Jadi jemputlah Tuhan Yesus tinggal dalam keluarga kita. Amin.
Kunci yang kedua untuk mengekalkan kebahagian dalam
keluarga kita adalah, kita perlu menyerahkan segala perkara yang timbul di dalam
keluarga kepada Tuhan Yesus. (Michael Hung September
2010).
Firman Tuhan menjelaskan kepada kita bahawa selagi kita
di dunia ini kita tidak dapat lari daripada masalah hidup (Nehemia 9: 32).
Masalah akan sentiasa mengancam keluarga kita saban hari. Sunggupun demikian terpulang
kepada kita kepada siapa atau dimana kita pergi membawa masalah tersebut.
Seperti Maria ibu Tuhan Yesus semasa majlis
perkawinan itu mengalami kekurangan anggur dengan tidak segan-segan dia datang
kepada Tuhan Yesus untuk meminta pertolongan. Yohanes 2:3 “ Apabila wain sudah
habis, ibu Tuhan Yesus berkata kepada Tuhan Yesus, "Mereka kehabisan
wain." Meletakkan masalah kita di tempat yang salah akan mengencam
kebahagian dalam keluarga kita, jangan letakkan masalah kita pada orang lain,
atau berhutang dengan peminjam-peminjam wang. Jadi pergilah kepada Tuhan Yesus
sebab Dia yang dapat memenuhi keperluan dan dapat menyelesaikan semua masalah dalam
keluarga kita. Dalam Filipi 4:13 “dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku
berdaya menghadapi segala macam keadaan” Tuhan Yesus adalah jawaban bagi semua masalah
dalam kehidupan keluarga kita.
Kunci yang ketiga untuk mengekalkan kebahagian dalam
keluarga adalah, kita perlu membiarkan Tuhan Yesus memimpin keluarga kita
setiap hari. (Michael Hung September
2010).
Yohanes 2: 5-10 “Kemudian ibu Tuhan Yesus berkata kepada
pelayan-pelayan di situ, "Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada
kamu." Orang Yahudi mempunyai adat pembasuhan. Di situ ada enam buah
tempayan untuk keperluan itu dan setiap tempayan isinya kira-kira seratus liter
air. Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, "Isilah tempayan-tempayan
ini dengan air." Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh. Lalu
Yesus berkata kepada mereka, "Sekarang ambillah sedikit air itu dan
hidangkannya kepada ketua majlis." Mereka membawa air itu kepada ketua
majlis. Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain. Dia
tidak tahu dari mana datangnya wain itu. (Hanya pelayan-pelayan yang menuang
air itu yang mengetahuinya.) Oleh itu ketua majlis memanggil pengantin lelaki,
lalu berkata kepadanya, "Biasanya orang menghidangkan wain terbaik
terlebih dahulu, lalu apabila para tetamu sudah puas minum barulah wain biasa
dihidangkan. Tetapi kamu menyimpan wain terbaik sehingga sekarang!".
Perhatikan apa yang Tuhan Yesus telah lakukan dalam majlis
perkawinan ini, Dia menggunakan perkara yang biasa untuk membuat perkara yang
baik. Mungkin kita seringkali mengharapkan apa yang kita tidak milik sebagi
cara kita untuk membahagiakan keluarga, tetapi Tuhan Yesus telah menggunakan
sumber yang sedia ada dalam majlis perkawinan tersebut, iaitu tempayan dan air
biasa kemudian diubahnya menjadi wain yang terbaik. Tuhan Yesus bukan saja
memberi apa yang kita perlukan malahan memberi yang terbaik kepada kita.
Jadi wajarlah kita mencari Tuhan Yesus dan menurut
perintahNya taklah keluarga dalam kesusahan atau kekurangan dalam apa juga hal.
Dan kita perlu ingat apa yang kita ada boleh menjadi sumber berkat dalam
keluarga kita sekiranya ianya dimanafaatkan, contohnya mungkin kita ada
kemahiran tertentu, kenapa tidak kita kembangkan itu menjadi sumber pendapat
kita, atau mungkin kita ada sebidang tanah yang terbiar, kita boleh usahakan
itu agar menjadi sumber pendapatan keluarga.
Dia mengubah air menjadi anggur dan menggunakan tampayan
yang ada di dalam majlis perkawinan tersebut untuk mengekalkan kemariahan perkawianan
itu berterusan sehingga akhir. Tidakkah Tuhan Yesus mampu melakukannya dalam
keluarga kita? Memberi kebahagian yang berkekalan? Sudah tentu Tuhan Yesus
mampu dan mahu melakukannya. Amin!.
Kunci yang keempat
untuk membahagiakan keluarga ialah kasih. 1Korintus 13:1-8. Sering kali kita mendengar wang ringgit adalah penting
tetapi bukan segala-galanya, maksudnya kekayaan sahaja tidak dapat
membahagiakan keluarga, berbanding dengan kasih, ia mampu membahagiakan
keluarga kita kerana ia menutup segala sesuatu, percaya segala sesuatu,
mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu. Tidakkah ini akan
membahagian keluarga kita. 1Korintus 14:1 “Kejarlah
kasih”.
Tip yang terakhir adalah, keluarga perlu ada kesungguhan mengutamakan
kehendak Allah. Matius 6:33. “Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah
dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu”.
Kebahagian yang kekal tidak dapat di perolehi di luar Tuhan Yesus. Sememangnya
hal ini telah terbukti dewasa ini. Oleh yang demikian tempatkanlah Tuhan Yesus
dan kehendaknya sebagi keutamaan pertama dalam keluarga maka semuanya akan
diberikan kepada kita, apakah itu rumah, kereta, kesihatan, pendidikan dan
kebahagian semuanya akan diberikan Tuhan pada waktu dan masa yang tepat bagi
keluarga kita.
PERANAN GEREJA
Gereja sebenarnya memainkan pernan yang amat penting dalam
mencegah keruntuhan keluarga Kristian dalam masyarakat kita. Antara peranan
gereja yang boleh dilakukan ialah;
Program kursus pra
perkawinan, iaitu mewajiipkan semua pasangan yang mahu mendirikan rumah
tangga menghadiri kursus tersebut sebelum mereka di satukan menjadi suami
isteri. Mereka hanya akan dikawinkan oleh gereja setelah mereka telah dengan
jayanya mengikuti kursus para perkawinan yang dianjurkan oleh gereja. Sijil pra
perkawinan di keluarkan oleh gereja sebagai bukti pasang tersebut telah mengikut
kursus tersebut.
Ada kewajaran juga kursus pra perkawinan dibuat secara
sistemetik dalam gereja dengan mewajipan semua belia yang berumur 21 tahun dan
keatas mengikuti kursus tersebut, sebagai persiapan memasuki alam berkeluarga.
Sijil perakuan mengikuti kursus dengan jayanya diberikan kepada mereka yang
telah mengikuti kursus tersebut. Jadi apabila tiba masanya mereka hendak
berumahtangga mereka tidak perlu lagi mengikuti kursus pra perkawinan, ini memudahkan
mereka dimasa akan datang.
Kedua, gereja perlu mengadakan pendidikan mengenai kehidupan lelaki dan perempuan. Antara pendidikan yang
boleh diterapkan adalah:
1)
Perbezaan anak
lelaki dan anak perempuan secara fizikal, emosi, mental dan sebagainya.
2)
Perbezaan keperluan
anak lelaki dan anak perempuan dalam semua aspek kehidupan mereka.
3)
Perbezaan
perkembangan anak lelaki dan anak perempuan.
4)
Memasuki alam remaja.
5)
Memasuki alam
pekerjaan.
6)
Memasuki alam
perkawinan.
Gereja perlu memberi pendidikan kepada semua anggota
gereja tidak mengira tahap pendidikan, umur dan jantina. Dibuat secara
sistematik, contohnya dalam kebaktian umum diselitikan tentang pendidikan
keluarga mungkin dalam 20 minit. Atau jadikan ia program masa cuti sekolah, diadakan sehari atau
lebih.
Program ketiga yang boleh dilakukan oleh gereja ialah Kursus Keluarga Kristian, saya sangat
tertarik subjek yang diberikan oleh pihak Seminari Teologi Sabah (STS) dalam
kelas CCM dan Dip CM yang diadakan di station parokhi Sikuati. Secara peribadi
kursus seumpama ini memang baik. Mungkin gereja boleh memekirkan agar ianya
diadakan dalam gereja setempat, mengundang pihak STS memberi kursus dalam
subjek keluarga kristian, pesertanya adalah terdiri daripada pasangan suami
isteri anggota jemaat gereja berkenaan.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh gereja ialah Kebaktian Rumah Tangga (KBRT), gereja kami sejak sekian lama telah
mengadakan aktiviti seumpama ini, gereja mengadakan
kebaktian keluarga di semua keluarga dalam jemaat mereka secara bergilir. Pada
masa KBRT ada khotbah, puji-pujian dan aktiviti berama mesra dengan ahli
keluarga.
Semasa berama mesra dengan ahli keluarga, pihak gereja boleh
bertanya keadaan keluarga, mungkin
mereka sedang menghadapi masalah? Disinlah peluang pihak gereja memberikan
bantuan. Apa lagi sekiranya ia berkait langsung dengan kehidupan rohani. Bagi
gereja yang berkemampuan mungkin tidak keterlaluan memberikan sumbangan
kewangan kepada keluarga yang benar-benar menghadapi masalah kewangan. Roma 12:
15 “Bersukacitalah dengan orang yang bersukacita, dan menangislah dengan orang
yang menangis!” Dengan harapan keluarga berkenaan
tidak jatuh dalam permasalaan mereka dan yang paling penting mereka tidak
merasakan bersendirian mengahadapi masalah.
Pengalaman saya sendiri mengendalikan akiviti KBRT memang
mendapat sambutan yang amat baik dari ahli keluarga. Mereka akan menceritakan
permasalaan dalam keluarga mereka. Pelayan gereja bersama-sama memberi mereka
nasihat dan sokongan agar mereka tabah dan banyak berdoa. Saya merasakan
pelayanan seumpama ini sedikit sebanyak
membantu ahli keluarga dalam jemaat kami.
Keempat, aktiviti mengadakan lawantan gereja di
tempat-tempat menarik dalam dan luar negara. Aktiviti ini boleh mewujudkan
hubungan rapat antara anggota jemaat dan para pemimipin gereja, disamping boleh
menjadi wadah merehatkan minda.
PENUTUP
Mempertahankan kebahagian dan keutuh keluarga adalah
suatu proses yang tidak ada penghujugnnya. Apa yang kita lakukan hari ini
mungkin sesuai pada masa ini tetapi pada masa akan datang ianya mungkin tidak
lagi sesuai, ditambah lagi pengaruh persekitaran, pemodenan dan sebagainya,
ianya mempengaruhi keperluan asas dan kehendak keluarga. Semua ini perlu
diambil kira oleh keluarga bagi menjamin kelangsung keluarga Kristian yang
bahagia di muka bumi ini. Saranan terakhir saya ialah keluarga Kristian perlu
selari dengan keadaan semasa tanpa mengorbankan nilai kekristianan yang asas
iatiu iman dan kasih kita kepada Tuhan Yesus Kristus dan sesama manusia. Amien.
RUJUKAN
1.
Wikipedia Bebas 2013.
4.
Prof. Madya Dr. Azizij Yahaya dlm
Pembentukan keluarga bahagia 2010.
6. wangcyber.com.
7. Michael Hung September 2010.
8. cikgufendi85.blogspot.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)
25.1.2020 Mogivas dulu.

-
Ulangan 18:20-22 (TB) Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dika...
-
1/4/15..Kunci dan pemegang pintu bilik di bapa..baru saya pasang.. 14/4/15...repair aicond kereta saga tua saya..di Kudat.Hon Lee 24...