Tuesday, January 5, 2016












Antara aktiviti masa memperbaiki kubur ibu kami pada 2/4/15.





Shallom semua (gambar ini diambil pada 2/4/2015), tahun ini tahun ke 4 ibu kami yang tercinta meninggalkan kami, walau bagaimana pun ibu masih lagi sebahagian dalam dunia kami, setiap tahun apabila tiba masa minggu memperingati kesengsaraan dan kematian Tuhan Yesus, kami akan melawat dan memperbaiki kubur ibu kami ini, tahun ini kami buat tapak tiang kubur. Syukur ada juga anggota jemaat Nongkul yang datang menolong saban tahun, keluarga ibu kami pun datang juga.

Saya sebenarnya sengaja melakukan pembaikan kubur ibu kami ini secara beransur-ansur setiap tahun, bukan apa supaya ada saja aktiviti masa membersihkan dan sembayang di kubur setiap tahun.

Apapun kami sekeluarga tidak lagi merasa sedih dengan pemergian ibu kami ini, bukan sebab sudah melupakannya tapi kami yakin dan percaya dia sudah berehat dan pasti bertemu juga bila Tuhan Yesus datang ke dunia untuk kali kedua. Amin. Itu jamin Tuhan Yesus sendiri. Terima kasih Tuhan Yesus sebab ada disetiap fasa kehidupan kami. Amin.

25.1.2020 Mogivas dulu.