Syukur puji Tuhan sebab untuk kali kedua saya menerima APC, pertama saya dapat pada tahun 2006, kemudian kali ini 11/6/2015. Tempat kami menerima APC ini Yayasan Sabah. Cuaca masa itu tidak menentu waktu pagi panas terik, tengah hari mula mendung, lepas itu hujan denga lebatnya. Apa lagi jem teruk jalan keluar dari Yayasan Sabah. Apa boleh buat kereta semakin banyak di bandaraya Kota Kinabalu. Saya terus balik Kudat selepas APC habis acara. Balik Kudat setiap hunjung minggu sudah menjadi rutin dalam kehidupan saya, tidak tahu sampai bila. Apa pun semua ini membuatkan hidup saya terus bersemangat sepanjang minggu. Apa tidaknya sampai di rumah kami di Kg. Tinangol Kudat jam 9.00 malam, Sabtu pula ada saja aktiviti, kalau bukan gereja kami sendiri yang ada aktiviti di rumah. Ahad pula satu hari melayani Tuhan, selalunya sehingga jam 7 malam barulah saya balik rumah. Lepas itu mandi, makan dan tidur. Kesian juga rutin inikan..berapa lama saja saya bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment