CERTIFICATE CHURCH MINISTRY (CCM)
SUBJEK: SEKTA-SEKTA
TUGASAN:
LANGKA-LANGKA YANG ANDA ATAU GEREJA LAKUKAN UNTUK MENANGANI PENGAJARAN
YANG SALAH DALAM GEREJA ATAU JEMAAH.
OLEH
MANUEL AKIUN
SEMINARI TEOLOGI SABAH (STS)
PENGENALAN
Kebangkitan ajaran sesat dalam sejarah gereja menjadi
cabaran dan masalah gereja yang tidak ada penyudahnya. Sekta-sekta yang sesat
kelihatannya semakin hari semakin kuat. Mereka sangat giat menjangkau individu
seluruh dunia. Contoh Saksi Jehovah telah ada pusat penyiaran (penyebaraan)
diseluruh dunia iaitu sebanyak 7.659.019 pusat penyiaraan, tersebar di 236
negara seluruh dunia sehingga 1 September 2011 (Sumber rujukan Wikipedia
Bebas).
“SUDAH
TERHANTU BARU TENGADA” Reaksi normal manusia apabila terkena baru berjaga-jaga, walaupun sebenarnya lebih menguntungkan sekiranya tidak terkena kerana berjaga-jaga. Dalam menangani ajaran sesat bagi saya adalah lebih baik berjaga-jaga sebelum ia menular dalam jemaat sendiri. Kerana bukan mudah mengikis ajaran tersebut apabila telah melekat dalam minda seseorang.
Suatu hari saya bertemu dengan seorang saksi Jehovah, ia berlaku semasa saya membaiki kereta saya. Mekanik yang membaiki kereta saya mengaku dia saksi Jehovah dan orang Rungus. Hebat! ia sangat bangga memperkenalkan dirinya saksi Jehovah. Walhal saya tidak sebangga dia apabila memperkenalkan diri saya sebagai orang PCS (Protestant Church in Sabah). Di juga mengaku telah meninggalkan PCS dan amat serasi dengan ajaran Yehovah.
Saya pasti bukan mudah mengembalikan anak muda tersebut kepangkuan gereja PCS. “Salah siapa?...anak muda itu membuat pilihanya sendiri, gereja tidak boleh halang dia” Itulah ungkapan minda saya pada masa itu.
Saya ambil iktibar dalam hal ini, agar tidaklah nanti anak saya sendiri mengikut jejak seperti dia. Bagaimana caranya?
Pada
abad pertama sekta sesat telah pun wujud, contoh Ebionisme. Mereka mengajar bahwa Yesus hanyalah anak Maria dan
Yusuf, pada waktu pembabtisan dia diangkat menjadi putera Allah dan
dipersatukan dengan 'Kristus abadi', yang lebih tinggi dari malaikat agung,
tetapi bukan Allah. Hal ini menyebabkan pandangan mereka tentang Yesus hanyalah
sebagai guru dan bukan penyelamat. Injil yang dipakai hanyalah Injil Matius (tanpa
bab 1 dan 2), Mereka menolak surat-surat Paulus. (Sumber rujukan Wikipedia
Bebas).
Asketisme mengajar bahwa
keselamatan akan diperolehi dengan cara mengekang hawa nafsu dan penyeksaan
diri (Kolose 2: 20-23). (Sumber rujukan Kelas Sekta-Sekta Francis Daniel
8.9.2012)
Gnostik,
bagi mereka Tuhan Yesus hanyalah khayal sahaja, tidak pernah wujud (Sumber
rujukan Kelas Sekta-Sekta Francis Daniel 8.9.2012)
Contoh sekta sesat yang diberikan tadi
hanylah sebahagian daripada jumlah yang banyak di dunia masa kini. Bayangkan
betapa hebat dan beratnya cabaran gereja kita dewasa ini. Dalam makalah ringkas
ini saya ingin berkongsi langkah-langkah untuk menangani pengajaran sesat ini
dalam diri sendiri, keluarga dan gereja di tempat saya melayani.
Semoga makalah ini menjadi sebahagian rujukan saya dan
orang lain pada masa akan datang. Amien.
PENGETAHUAN
TENTANG AJARAN SESAT
Dalam
ilmu perubatan langkah pertama cara untuk mengubati seseorang yang sakit ialah
dengan mengenal pasti jenis penyakitnya. Kemudian menentukan ubat yang sesuai
yang boleh mengubati penyakit pesakit tersebut.
Begitu
juga dengan masalah ajaran sesat dewasan. Kita perlu mengetahui ajaran mereka,
bagaimana ianya bertentangan dengan ajaran Kristian sebenar (Ortodoks).
Kemudian dapatlah kita menentukan cara menangani ajaran tersebut.
Bagaimana
caranya? Secara peribadi saya sangat bersyukur kerana STS (Seminari Teologi
Sabah) mempunyai program CCM (Certificate Church Ministry) yang telah
menyediaan subjek sekta-sekta dalam program CCM. Dalam kelas tersebut
pelajarnya telah diajar serba sedikit tentang ajaran-ajaran sesat yang ada di dunia
masa kini. Paling tidak pelajar mengetahui tahun bila ajaran tersebut mula,
apakah pandangan mereka tentang Tuhan Yesus dan ajaran tentang penyelamatan
(surga dan neraka).
Mengetahui
serba sedikit ajaran sesat bagi saya adalah cara pertama menangani ajara sesat
agar tidak menyudup dalam diri sendiri, keluarga dan dalam gereja.
Bagi
saya tidaklah keterlaluan sekiranya kita mewajipan para penginjil dan pemimpin
gereja diberi pengetahuan tentang ajaran sesat. Dengan kata lain wajip
mengikuti kelas alkitab anjuran STS subjek sekta-sekta. Tidaklah nanti para
pemimpin sendiri mengundang saksi Jehovah berkhotbah dalam kebaktian umum,
kerana ia tertarik dengan pedato mereka ketika mereka berkunjung di rumahnya.
Amat
menyedihkan sekiranya ini benar-benar terjadi. Puncanya hanya kerana pemimpin
atau gembala sidang cetak ilmu tentang ajaran sesat.
Anak muda tersebut mengungkapkan kata-kata ini “Saya
sangat menyukai Saksi Yehovah, mereka
ambil berat, mengajar, memberi buku rohani secara percuma dan saya rasa kuat
bersama mereka”. Bingo!!..dalam gereja PCS tidak adakah hal seperti itu
berlaku?.
Jadi
bukanlah semata-mata kerana ajaran mereka yang menjadi penarik anak muda
tersebut terima Saksi Yehovah tetapi lebih kepada faktor psikologi yang menarik
dia.
Gereja
kita mungkin terlepas pandang dalam hal keperluan rohani, psikologi dan
kebajikan anggota jemaatnya. Mungkin kita lupa bertanya khabar anggota jemaat, mengunjungi
mereka ketika mereka sakit, mendoakan anak-anak mereka yang akan menduduki
peperiksaan, para pemimpin asik menghukum anggota jemaatnya tetapi lupa
mengajar mereka tentang kasih dan mengasihi mereka. Atau terlalu berokrasi
dalam membabtis, pernikahan dan pengampunan. Walhal semua ini boleh dilakukan
dengan mudah oleh para pemimpin gereja.
Semua
ini boleh menyumbang kepada anggota jemaat mengikuti ajaran-ajaran sesat. Jadi
sekiranya kita boleh kurangkan faktor penyumbang seperti yang saya sebutkan di atas
saya yakin kemungkinan anggota jemaat berpaling tadah akan berkurangana juga.
Marilah
kita sama-sama menginsafi hal ini, usahakan agar ianya boleh anda, saya sendiri
dan gereja lakukan untuk anggota jemaat yang tercinta. Demi kemuliaan Tuhan
Yesus.
MENGEMBANGKAN
POTENSI DIRI
Manusia memang diciptakan luar biasa hebatnya. Dikatakan bahwa
manusia biasa rata-rata menggunakan otak mereka hanya 3-4% sahaja (http://seopintar.blogspot.com/2012).
Bayangkan sekiranya kita boleh menggunakan otak kita sehingga 10% atau lebih.
Kita akan menjadi seorang yang ‘super’.
Dalam gereja kita ada puluhan malahan ratusan anggota
jemaat, sudah tentu mereka mempunyai kemampuan yang luar biasa hebatnya
sekiranya di terokai kemampuaan mereka.
Oleh
sebab itu para pemimpin gereja jangan sekali-kali membatasi potensi anggota
jemaatnya, beri mereka peluang untuk mengembangkan bakat masing-masing. Dengan
cara memberi mereka peluang melibatkan diri dalam pelayanan, menyelesaikan
masalah dalam gereja, memberi idea, beri mereka cabaran, tanggungjawab dan
sebagainya.
Kerana dengan cara ini anggota jemaat dapat mengembangkan
potensi mereka, dalam masa yang sama, rasa kepunyaan gereja akan wujud. Mereka
dapat rasakan gereja itu adalah diri mereka sendiri, bukan sebaliknya. Kerana
mereka ada penglibatan secara langsung.
Bila keadaan ini wujud saya yakin tidak mudah mereka
meninggalkan gereja, apa lagi kalau bergabung dengan ajara-ajaran sesat yang
berkeliaraan di sekelilingnya.
Contoh aktivit mengembangkan potensi diri anggota
jemaat;
1) Mewajibkan semua anggota jemaat telibat
dalam memimpin kebaktian (Kebaktian umum, kebaktian rumah tangga, kebaktian
persekutuan belia, bapa, wanita, kebaktian rumah tangga, kebaktian penghiburan
dan sebagainya).
2) Brain storming /
percembahan fikiran, bagi menyelesaikan sesuatu isu.
3) Mengadakan kerja
gotong-royong mengindahkah kawasan gereja dengan memperkenalakan teknik-teknik
binaan baru seperti ‘ferrocement’, hisaan dalaman, membina ‘water feature’ dan
sebagainya.
4) Memperkenalkan
resepi masakan baru.
5) Membina landskap
gereja.
6) Memperkenalkan
aplikasi alam maya (Internet), seperti blog, facebook dan sebaginya.
7) Kelas bahasa
Inggeris.
Sebenarnya banyak lagi
aktiviti yang boleh dilakukan bagi mencungkil bakat dan mengembangkan potensi
diri anggota jemaaat.
Menggunakan pendekatan ini minda anggota jemaat sentiasa
diisi dengan perkara-perkara yang sihat dan mencabar minda mereka. Jadi
kemungkinan ajaran-ajaran sesat ini menyelindap kedalam komuniti gereja amat
tipis. Kerana minda mereka sentiasa dipenuhi oleh aktiviti gereja.
BERKATA
“ TIDAK” DENGAN AJARAN SESAT
Kenapa kita masih mahu mewujudkan komunikasi dengan
ajaran sesat?. Hawa tertipu oleh iblis di taman Aden kerana mewujudkan
komunikasi dengan iblis. Kalaulah Hawa memilih untuk berdiam diri dan
meninggalkan iblis (Dalam bentuk ular hidup). Kemudian berseru minta tolong kepada
suaminya Adam atau kepada malaikat yang menjaga taman tersebut sudah tentu dia tidak
jatuh dalam dosa.
Kita ambil pengajaraan dalam kisah Hawa ini, ajar ahli
keluarga dan anggota jemaat agar tidak mewujudkan sama sekali komunikasi dengan
ajaran sesat. Jangan sekali-kali jemput mereka masuk dalam rumah, atau hadir
dalam acara yang di kendalikan oleh penganjur yang tidak diketahui
latarbelakangnya. Atau mengambil risalah atau buku terbitan ajaran sesat.
Ajar anggota jemaat, ahli keluarga dan diri sendiri,
mengatakan “ Tidak pada ajaran sesat” dalam keadaan yang agak melampau contoh
sipengajar sesat mendesak, kita boleh buat panggilan polis dengan mengatakan
mereka mengganggu ketenteram awam. Atau boleh juga kita letakan tanda di depan
pintu rumah dengan kenyataan seperti ‘Saksi Yehovah, Marmon dan Bahai dilarang
masuk jika enggan kami panggil polis!’
Rumah kami sendiri pernah didatangi oleh saksi Yehovah
dan Marmon suatu masa dulu. Mereka ingin masuk kedalam rumah, tetapi saya
katakan kami tidak mahu kerana ajaran kamu bertentangan dengan ajaran gereja
kami. Kemudian saya cepat-cepat tutup pintu. Mereka pun mungkin
terpingar-pingar di depan pintu.
Pengalaman saya semasa berbual dengan saksi Yehovah
ketika di bengkel kereta, saya memberi respon yang amat sedikit, saya memilih
untuk berdiam diri, tidak berdebat dengan orang itu. Tidak sampai 30 miniti dia
seolah-olah kehabisan kata-kata, kereta pun siap. Jadi tiada apa-apa yang
berlaku.
KESIMPULAN
Pengetahuan tetang ajaran sesat kunci pertama menangani
penyebaran ajaran ini menular dalam minda kita, ahli keluarga dan anggota
jemaat. Berjaga-jaga sebelum terjebak dengan ajaran sesat. Mengembangkan
potensi diri sendiri, ahli keluarga dan anggota jemaat untuk menutup kekosongan
rohani supaya tidak ada ruang ajaran sesat menyusup. Akhir sekali menolak
secara terang-terangan ajaran sesat tanpa ada komunikasi dan debat dengan
mereka.
Semoga saranan dan perkongsiaan ini memberi pengajaran
kepada kita semua, tidak semestinya sesuai bagi setiap individu dan gereja. Fikir-fikirkanlah.
Tuhan memberkati kita semua AMIN.