Sunday, March 31, 2013


CERTIFICATE CHURCH MINISTRY (CCM)
SUBJEK: SEKTA-SEKTA

TUGASAN:
LANGKA-LANGKA YANG ANDA ATAU GEREJA LAKUKAN UNTUK MENANGANI PENGAJARAN YANG SALAH DALAM GEREJA ATAU JEMAAH.



OLEH
MANUEL AKIUN



SEMINARI TEOLOGI SABAH (STS)


PENGENALAN
            Kebangkitan ajaran sesat dalam sejarah gereja menjadi cabaran dan masalah gereja yang tidak ada penyudahnya. Sekta-sekta yang sesat kelihatannya semakin hari semakin kuat. Mereka sangat giat menjangkau individu seluruh dunia. Contoh Saksi Jehovah telah ada pusat penyiaran (penyebaraan) diseluruh dunia iaitu sebanyak 7.659.019 pusat penyiaraan, tersebar di 236 negara seluruh dunia sehingga 1 September 2011 (Sumber rujukan Wikipedia Bebas).
“SUDAH TERHANTU BARU TENGADA” 
            Reaksi normal manusia apabila terkena baru berjaga-jaga, walaupun sebenarnya lebih menguntungkan sekiranya tidak terkena kerana berjaga-jaga. Dalam menangani ajaran sesat bagi saya adalah lebih baik berjaga-jaga sebelum ia menular dalam jemaat sendiri. Kerana bukan mudah mengikis ajaran tersebut apabila telah melekat dalam minda seseorang. 
            Suatu hari saya bertemu dengan seorang saksi Jehovah, ia berlaku semasa saya membaiki kereta saya. Mekanik yang membaiki kereta saya mengaku dia saksi Jehovah dan orang Rungus. Hebat! ia sangat bangga memperkenalkan dirinya saksi Jehovah. Walhal saya tidak sebangga dia apabila memperkenalkan diri saya sebagai orang PCS (Protestant Church in Sabah). Di juga mengaku telah meninggalkan PCS dan amat serasi dengan ajaran Yehovah. 
Saya pasti bukan mudah mengembalikan anak muda tersebut kepangkuan gereja PCS. “Salah siapa?...anak muda itu membuat pilihanya sendiri, gereja tidak boleh halang dia” Itulah ungkapan minda saya pada masa itu. 
            Saya ambil iktibar dalam hal ini, agar tidaklah nanti anak saya sendiri mengikut jejak seperti dia. Bagaimana caranya?
Pada abad pertama sekta sesat telah pun wujud, contoh Ebionisme. Mereka mengajar bahwa Yesus hanyalah anak Maria dan Yusuf, pada waktu pembabtisan dia diangkat menjadi putera Allah dan dipersatukan dengan 'Kristus abadi', yang lebih tinggi dari malaikat agung, tetapi bukan Allah. Hal ini menyebabkan pandangan mereka tentang Yesus hanyalah sebagai guru dan bukan penyelamat. Injil yang dipakai hanyalah Injil Matius (tanpa bab 1 dan 2), Mereka menolak surat-surat Paulus. (Sumber rujukan Wikipedia Bebas).
Asketisme mengajar bahwa keselamatan akan diperolehi dengan cara mengekang hawa nafsu dan penyeksaan diri (Kolose 2: 20-23). (Sumber rujukan Kelas Sekta-Sekta Francis Daniel 8.9.2012)
Gnostik, bagi mereka Tuhan Yesus hanyalah khayal sahaja, tidak pernah wujud (Sumber rujukan Kelas Sekta-Sekta Francis Daniel 8.9.2012)
  Contoh sekta sesat yang diberikan tadi hanylah sebahagian daripada jumlah yang banyak di dunia masa kini. Bayangkan betapa hebat dan beratnya cabaran gereja kita dewasa ini. Dalam makalah ringkas ini saya ingin berkongsi langkah-langkah untuk menangani pengajaran sesat ini dalam diri sendiri, keluarga dan gereja di tempat saya melayani.
            Semoga makalah ini menjadi sebahagian rujukan saya dan orang lain pada masa akan datang. Amien.
PENGETAHUAN TENTANG AJARAN SESAT
Dalam ilmu perubatan langkah pertama cara untuk mengubati seseorang yang sakit ialah dengan mengenal pasti jenis penyakitnya. Kemudian menentukan ubat yang sesuai yang boleh mengubati penyakit pesakit tersebut.
Begitu juga dengan masalah ajaran sesat dewasan. Kita perlu mengetahui ajaran mereka, bagaimana ianya bertentangan dengan ajaran Kristian sebenar (Ortodoks). Kemudian dapatlah kita menentukan cara menangani ajaran tersebut.
Bagaimana caranya? Secara peribadi saya sangat bersyukur kerana STS (Seminari Teologi Sabah) mempunyai program CCM (Certificate Church Ministry) yang telah menyediaan subjek sekta-sekta dalam program CCM. Dalam kelas tersebut pelajarnya telah diajar serba sedikit tentang ajaran-ajaran sesat yang ada di dunia masa kini. Paling tidak pelajar mengetahui tahun bila ajaran tersebut mula, apakah pandangan mereka tentang Tuhan Yesus dan ajaran tentang penyelamatan (surga dan neraka).
Mengetahui serba sedikit ajaran sesat bagi saya adalah cara pertama menangani ajara sesat agar tidak menyudup dalam diri sendiri, keluarga dan dalam gereja.
Bagi saya tidaklah keterlaluan sekiranya kita mewajipan para penginjil dan pemimpin gereja diberi pengetahuan tentang ajaran sesat. Dengan kata lain wajip mengikuti kelas alkitab anjuran STS subjek sekta-sekta. Tidaklah nanti para pemimpin sendiri mengundang saksi Jehovah berkhotbah dalam kebaktian umum, kerana ia tertarik dengan pedato mereka ketika mereka berkunjung di rumahnya.
Amat menyedihkan sekiranya ini benar-benar terjadi. Puncanya hanya kerana pemimpin atau gembala sidang cetak ilmu tentang ajaran sesat.
            Anak muda tersebut mengungkapkan kata-kata ini “Saya sangat menyukai Saksi  Yehovah, mereka ambil berat, mengajar, memberi buku rohani secara percuma dan saya rasa kuat bersama mereka”. Bingo!!..dalam gereja PCS tidak adakah hal seperti itu berlaku?.
Jadi bukanlah semata-mata kerana ajaran mereka yang menjadi penarik anak muda tersebut terima Saksi Yehovah tetapi lebih kepada faktor psikologi yang menarik dia.
Gereja kita mungkin terlepas pandang dalam hal keperluan rohani, psikologi dan kebajikan anggota jemaatnya. Mungkin kita lupa bertanya khabar anggota jemaat, mengunjungi mereka ketika mereka sakit, mendoakan anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan, para pemimpin asik menghukum anggota jemaatnya tetapi lupa mengajar mereka tentang kasih dan mengasihi mereka. Atau terlalu berokrasi dalam membabtis, pernikahan dan pengampunan. Walhal semua ini boleh dilakukan dengan mudah oleh para pemimpin gereja.
Semua ini boleh menyumbang kepada anggota jemaat mengikuti ajaran-ajaran sesat. Jadi sekiranya kita boleh kurangkan faktor penyumbang seperti yang saya sebutkan di atas saya yakin kemungkinan anggota jemaat berpaling tadah akan berkurangana juga.
Marilah kita sama-sama menginsafi hal ini, usahakan agar ianya boleh anda, saya sendiri dan gereja lakukan untuk anggota jemaat yang tercinta. Demi kemuliaan Tuhan Yesus.
MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI
            Manusia memang diciptakan luar biasa hebatnya. Dikatakan bahwa manusia biasa rata-rata menggunakan otak mereka hanya 3-4% sahaja (http://seopintar.blogspot.com/2012). Bayangkan sekiranya kita boleh menggunakan otak kita sehingga 10% atau lebih. Kita akan menjadi seorang yang ‘super’.
            Dalam gereja kita ada puluhan malahan ratusan anggota jemaat, sudah tentu mereka mempunyai kemampuan yang luar biasa hebatnya sekiranya di terokai kemampuaan mereka.
Oleh sebab itu para pemimpin gereja jangan sekali-kali membatasi potensi anggota jemaatnya, beri mereka peluang untuk mengembangkan bakat masing-masing. Dengan cara memberi mereka peluang melibatkan diri dalam pelayanan, menyelesaikan masalah dalam gereja, memberi idea, beri mereka cabaran, tanggungjawab dan sebagainya.
            Kerana dengan cara ini anggota jemaat dapat mengembangkan potensi mereka, dalam masa yang sama, rasa kepunyaan gereja akan wujud. Mereka dapat rasakan gereja itu adalah diri mereka sendiri, bukan sebaliknya. Kerana mereka ada penglibatan secara langsung.
            Bila keadaan ini wujud saya yakin tidak mudah mereka meninggalkan gereja, apa lagi kalau bergabung dengan ajara-ajaran sesat yang berkeliaraan di sekelilingnya.
            Contoh aktivit mengembangkan potensi diri anggota jemaat;                
   1) Mewajibkan semua anggota jemaat telibat dalam memimpin kebaktian (Kebaktian umum, kebaktian rumah tangga, kebaktian persekutuan belia, bapa, wanita, kebaktian rumah tangga, kebaktian penghiburan dan sebagainya).
2) Brain storming / percembahan fikiran, bagi menyelesaikan sesuatu isu.
3) Mengadakan kerja gotong-royong mengindahkah kawasan gereja dengan memperkenalakan teknik-teknik binaan baru seperti ‘ferrocement’, hisaan dalaman, membina ‘water feature’ dan sebagainya.
4) Memperkenalkan resepi masakan baru.
5) Membina landskap gereja.
6) Memperkenalkan aplikasi alam maya (Internet), seperti blog, facebook dan sebaginya.
7) Kelas bahasa Inggeris.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bagi mencungkil bakat dan mengembangkan potensi diri anggota jemaaat.
            Menggunakan pendekatan ini minda anggota jemaat sentiasa diisi dengan perkara-perkara yang sihat dan mencabar minda mereka. Jadi kemungkinan ajaran-ajaran sesat ini menyelindap kedalam komuniti gereja amat tipis. Kerana minda mereka sentiasa dipenuhi oleh aktiviti gereja.
BERKATA “ TIDAK” DENGAN AJARAN SESAT
            Kenapa kita masih mahu mewujudkan komunikasi dengan ajaran sesat?. Hawa tertipu oleh iblis di taman Aden kerana mewujudkan komunikasi dengan iblis. Kalaulah Hawa memilih untuk berdiam diri dan meninggalkan iblis (Dalam bentuk ular hidup). Kemudian berseru minta tolong kepada suaminya Adam atau kepada malaikat yang menjaga taman tersebut sudah tentu dia tidak jatuh dalam dosa.
            Kita ambil pengajaraan dalam kisah Hawa ini, ajar ahli keluarga dan anggota jemaat agar tidak mewujudkan sama sekali komunikasi dengan ajaran sesat. Jangan sekali-kali jemput mereka masuk dalam rumah, atau hadir dalam acara yang di kendalikan oleh penganjur yang tidak diketahui latarbelakangnya. Atau mengambil risalah atau buku terbitan ajaran sesat.
            Ajar anggota jemaat, ahli keluarga dan diri sendiri, mengatakan “ Tidak pada ajaran sesat” dalam keadaan yang agak melampau contoh sipengajar sesat mendesak, kita boleh buat panggilan polis dengan mengatakan mereka mengganggu ketenteram awam. Atau boleh juga kita letakan tanda di depan pintu rumah dengan kenyataan seperti ‘Saksi Yehovah, Marmon dan Bahai dilarang masuk jika enggan kami panggil polis!’
            Rumah kami sendiri pernah didatangi oleh saksi Yehovah dan Marmon suatu masa dulu. Mereka ingin masuk kedalam rumah, tetapi saya katakan kami tidak mahu kerana ajaran kamu bertentangan dengan ajaran gereja kami. Kemudian saya cepat-cepat tutup pintu. Mereka pun mungkin terpingar-pingar di depan pintu.
            Pengalaman saya semasa berbual dengan saksi Yehovah ketika di bengkel kereta, saya memberi respon yang amat sedikit, saya memilih untuk berdiam diri, tidak berdebat dengan orang itu. Tidak sampai 30 miniti dia seolah-olah kehabisan kata-kata, kereta pun siap. Jadi tiada apa-apa yang berlaku.
KESIMPULAN
            Pengetahuan tetang ajaran sesat kunci pertama menangani penyebaran ajaran ini menular dalam minda kita, ahli keluarga dan anggota jemaat. Berjaga-jaga sebelum terjebak dengan ajaran sesat. Mengembangkan potensi diri sendiri, ahli keluarga dan anggota jemaat untuk menutup kekosongan rohani supaya tidak ada ruang ajaran sesat menyusup. Akhir sekali menolak secara terang-terangan ajaran sesat tanpa ada komunikasi dan debat dengan mereka.
            Semoga saranan dan perkongsiaan ini memberi pengajaran kepada kita semua, tidak semestinya sesuai bagi setiap individu dan gereja. Fikir-fikirkanlah. Tuhan memberkati kita semua AMIN.

                       
           



           
 




No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.