17/2/18, Terpandang pula dengan sesuatu yg cantik di tepi jalan Ranau Tambunan, semasa perjalan kami ke air terjun Mahua Tambunan, rupanya tugu peringatan perang dunia kedua, tugu ini memperingati kisah perjalan berkawat paksa oleh askar Jepun terhadap askar British dan sekutunya, perjalan jauh tanpa henti menyebabkan kematian kepada askar British dan sekutunya. Sebenarnya ada beberapa tempat dibina tugu peringat terhadap peristiwa death maches yg berlaku pada tahun 1942. Mood masa saya ambil gambar ini sebenarnya terkesan dengan niat keturunan Aki Kolobon untuk membina tugu peringatan Aki Kolobon, saya terpikir boleh ambil contoh dari tugu ini. Satu lagi saya terfikir buat tugu peringkat juga di lot tanah kami di Torongkongan, bukan apa untuk penceritaan pada umum ttg kewujudan pahlawan yg bergadai nyawa mempertahan kawasan sisir Pantai di Kudat. Kalau bukan Aki Kolobon jangan harap ada perkampungan orang Rungus di persisiran pantai Kudat. Perjuangan Aki Kolobon tidak pernah didengang, jadi apa lagi ini tugas keturunannya untuk memperingati perjuangan Aki Kolobon. Siapakah yg buat nanti, sayalah orangnya, generasi keenam Aki Kolobon.
No comments:
Post a Comment