Thursday, May 14, 2009

Pada 9/5/09 adalah perjumpaan para pemimpin parokhi Sikuati dengan EXCO PCS, matlamat perjumpaan ini ialah untuk membentangkan keputusan EXCO PCS berkenaan kemandirian di parokhi Sikuati.

Keputusan mereka ialah; parokhi Sikuati Mandiri secara bahagian, A, B,C, D dan E. Ada 5 Jemaat Mandiri. Walaubagaimana pun jemaat Kumbatang mahu mandiri bersama 2 pos jemaatnya iaitu Jemaat Dahi dan Jemaat Tavakul.

Dalam perjumpaan itu saya telah mengutarakan pandangan, iaitu mengesah pihak EXCO PCS membangunkan satu standard berkaitan kemandiran ini secara terperinci, supaya ada keseragaman di setiap jemaat. Ini bagi memudah cara pelaksanaan, agar tidak ada pertikaian pada masa akan datang.

Pengalaman pada awal pelaksanaan kemandirian selama lebih kurang 4 bulan, jemaat menafsir mengikut kefahaman mereka, dan apa yang terjadi EXCO PCS tidak setuju dengan pelaksanaan tersebut,... Jadi sekiranya kita ingikan kesepakatan antara EXCO PCS dan jemaat maka perlu di buat suatu standard yang terperinci dan boleh difahami oleh semua lapisan anggota jemaat PCS.

Cadangan saya, standard itu mencakupi 4 perkara pokok iaitu; 1. ORGANISAI, 2. PELAYANAN, 3. BANGUNAN dan 4. PENGURUSAN. di setiap 4 perkara pokok ini perlu ada perincian dan dalam perincian itu ada rating penilian(markah). Jumlah rating penilian itu di terjamah kepada nilai peratusan. Akhirnya nilai peratusan ini akan menjadi petunjuk kemandirian sesebuah jemaat itu, sama ada Mandiri pada tahap A (90% - 100%), B (80% - 89%), C (70%-79%), D (60%-69%), E (50%-59%), F (40%-49%), G (30%-39%) dan H (20%-29%), I (0%-19%).

Adanya standard seumpama ini, jemaat sendiri boleh mengukur prestasi mereka dari masa kesemasa. Sekian.... Amin.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.