Saya ingin menyambung berkenaan cadangan standard penilaian status kemandirian jemaat..
Pada bahagian ORGANISAI, perkara-perkara berikut perlu dinilai;
1. Ada/TIADA dipaparkan carta organisasi jemaat (AJKG).
2. ADA/TIADA dipaparkan VISI, MISI dan Objektif jemaat.
3. ADA/TIADA dipaparkan masa kebaktian umum.
4. ADA/TIADA dipaparkan Jadual bertugas pelayanan mimbar, pelayanan sekolah minggu, pelayanan kebaktian rumah tangga, pelayanan persekutuan doa dan sebagainya.
5. ADA/TIADA dipaparkan statistik mingguan kebaktian Umum, Sekolah Minggu, Kebaktian Rumah Tangga, Persekutuan Doa dan sebagainya. Dalam paparan statistik tersebut perlu ada; Tarikh, Pengkhotbah, Pemimpin, Kehadiran dan Wang Persembahan.
6. ADA/TIADA dipaparkan aktiviti gereja tekini seperti perjamuan Kudus, Lawatan, Kursus dan sebagainya yang berkaitan dengan jemaat berkenaan.
Pada bahagian PELAYANAN, perkara-perkara berikut perlu dinilai;
1. ADA/TIADA Fail Tugas dan Tanggungjawab bagi setiap pelayanan di jemaat berkenaan; 1. Pendeta, 2. Tumpuk, 3. Ketua Gereja, 4. Pengerusi AJKG, Timbalan, Setiausaha, Bendahari dan AJK (Setiap AJK perlu ada fail tugas dan tanggung jawab sekiranya di beri tugas khas).
2. ADA/TIADA fail Profil jemaat yang mempunyai isi kandungan; Sejarah penubuhan jemaat dan bangunan gereja, visi, misi dan objektif jemaat, lokasi jemaat, kemudahan yang ada, banci anggota terkini, purata pendapatan sebulan anggota, pekerjaan anggota, tahap pendidikan anggota, dan sebagainya yang berkaitan.
3. ADA/TIADA fail pendaftaran anggota jemaat mengikut keluarga yang mempunyai isi kandungan; Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan / Sijil kelahiran, Tarikh Lahir, Jantina, status, Umur, tahap pendidikan, nombor telefon, nombor Kad pengenalan / sijil kelahiran, nombor sijil babtisan dan sebagainya sekiranya difikirkan perlu.
4. ADA/TIADA fail laporan bulanan pelayanan yang mencakupi; statistik kehadiran, wang persembahan, kekerapan pelayanan tersebut, pencapaian mengikut peratusan kehadiran dengan anggota jemaat yang berada di kampung berkenaan.
5. ADA /TIADA fail laporan tahunan kursus anggota jemaat yang berkaitan dengan gereja. kursus yang berkaitan gereja. Pencapaian sekali dalam setahun.
6. ADA/TIADA aktiviti pelayanan keluarga (kebaktian di rumah kediaman anggota jemaat). Pencapaian sekali dalam sebulan.
7. ADA/TIADA aktiviti kelas babtisan atau komfermasi dan pembatisan dalam jemaat setempat. Pencapaian sekali dalam setahun.
8. ADA/TIADA pelayanan persekutuan doa. Pencapaian sekali dalam sebulan.
9. ADA/TIADA pelayanan penghiburan. Pencapaian setiap kali ada anggota yang mengalami kesedihan akibat kematian, penyakit, kesempitan hidup dan sebagainya.
10. ADA/TIADA pelayanan penginjilan. Pencapaian sekali dalam setahun.
Pada bahagian BANGUNAN.
1. ADA/TIADA pelan bangun gereja dan bangun lain milik gereja yang sedia ada.
2. ADA/TIADA penerangan terperinci berkenaan spesifikasi bangunan gereja dan bangun lain milik gereja sedia ada.
3. ADA/TIADA jadual penyelenggaran bagi pengecatan dan pembaikan. Pencapaian sekali dalam setahun.
4. ADA/TIADA jadual pemeriksaan bangun milik gereja bagi mengenal pasti tahap keutuhan bangunan, bebas dari sebarang ganguan anai-anai atau apa juga serangga yang boleh membahayakan anggota jemaat atau bangunan milik gereja. Pemeriksaan mestilah dapat memberi kepastian bahawa bangunan selamat di gunakan. Pencapaian sekali dalam setahun.
5. Ciri banguan mestilah dicat sepenuhnya dalam dan luar.
6. Bagi bangunan konkrit mestilah lantai bertiles atau kapit.
7. ADA/TIADA jadual pembersihan dalam dan luar bangunan milik gereja. Pencapaian sekali dalam seminggu.
8. ADA/TIADA jadual pembersihan semua alat kelengkapan dalam bangunan milik gereja. Pencapaian sekali dalam sebulan.
No comments:
Post a Comment