Wednesday, May 6, 2009



Shallom...dalam nama Tuhan Yesus Kristus.... saya ingin berkongsi pendapat tentang penstrukturan PCS.... khususnya Parokhi Sikuati yang menjadi pilot study EXCO PCS....

Penstrukturan atau lebih menarik di sebut penjenamaan semula PCS saya amat menyokong usah ini... oleh sebab itu saya sedaya upaya memahami tuntutan penjenamaan ini...supaya apabila ditanya tidaklah langsung tidak tahu....lebih penting lagi demi kebaikan jemaat di mana saya melayani....kalau pemimpin mereka langsung tidak tahu bagaimana pula mereka?..

Saya berpendapat langkah pertama kearah penjenamaan ini ialah memahami tuntutan penjenamaan ini.

Langka kedua ialah pelaksanaan... perlu berperingkat-peringkat....

Memang di akui untuk mencapai 100% memenuhi tuntutan penjenamaan ini bukanlah kerja mudah.. mungkin mengambil masa bertahun-tahun...

Ia memerlukan kerjasama dari semua lapisan jemaat dalam PCS... Bermula di peringkat EXCO, Peringkat parokhi, bahagian dan akhirnya di setiap jemaat.....

Tetapi apa yang saya perhatikan tidak demikian dalam praktis di PCS sekarang ini.... Pihak EXCO menuntut parokhi Sikuati merintis penjenamaan ini dan parokhi pula mahu jemaat di setiap bahagian bertindak mendahului....

Apa yang terjadi... jemaat yang memang kekurangan pengetahuan, dana dan man power sudah tentunya tidak dapat memenuhi tuntutan ini.... dalam masa beberapa bulan sahaja malahan mungkin bertahun....

Bagi saya kenapa tidak di pihak EXCO merintis penjenamaan ini?... merekakan berpengetahuan, berkeupayaan dalam aspek dana dan man power....Mereka yang mencanang penjenamaan ini... buktikanlah yang mereka serius melalui tindakan mereka....

9/5/09 ini EXCO PCS dijadualkan memberi taklimat sekali lagi di parokhi Sikuati. Bertempat di gereja PCS Kg. Minyak.... harap-harap saya berpeluang memberi pendapat pada masa itu.... doakan sesi taklimat ini berjalan dengan lancar dan di restui oleh Tuhan Yesus sendiri. AMIN

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.