Tuesday, July 28, 2015

Shallom, gambar ini saya ambil pada 4/11/2013. Saya berada di tanah kami di Kg. Nongkul di bukit Mondohon. Saya bersama sama bapa melawat tanah kami ini. Tujuan saya datang tengok ini tanah ialah hanya mengenal pasti sempadan tanah. Malu jugalah tanah sendiri tidak tahu sempadanya, maklumlah belum ada garen tanah. Tanah ini saya beli daripada pakcik saya adik bapa saya, pada tahun 2003/2004 saya pun tidak berapa ingat, tapi yang pasti selepas saya keluarkan duit KWSP. Apabila permohonan memilih tatap dan berpensen diluluskan oleh kerajaan Malaysia saya pun keluarkan semua duit KWSP saya, adalah sikit dalam 23k begitu. Harga tanah ini RM5000.00 sahaja.

Nasip baiklah saya beli tanah kalau tidak, 23k itu tidak tau pergi mana. Selain tanah ini ada lagi saya beli sebidang tanah di kg. Tinangol, kg. isteri saya. Harga pun RM5000.00 juga, tiada garen. Syukurlah ada juga kenangan duit KWSP saya. Sampai sekarang masih ada itu duit, cuma bukan dalam bentuk duit lagi tapi dalam bentuk sebidang tanah. Saiz tanah di kg. Nongkul ini lebih kurang 4 ekar, di kg. Tinangol pun 4 ekar, sudah disukat (Sendiri panggil orang pergi sukat, bayar dalam RM300)

Sebenarnya saya merancang untuk buat resort di tanah kami bah ini, tapi tidak jadi-jadi juga. Sebab tiada duit..hehe...dan lagi saya tiada masa. Harap-harap lepas pensen saya masih sihat, masa itulah nanti impian saya akan tercapai. Hehe...Semoga Tuhan Yesus tolong saya meralisasikan impian ini. Amin..

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.