Thursday, July 30, 2015


Shallom semua, gambar ini gambar anak kami (berdiri paling kanan pada gambar di bawah dan gambar di atas tidak kelihatan) semasa membuat persambahan tarian KPOP dan tarian tradisi Rungus Mongiol Sumundai pada majlis perkawinan sepupu isteri saya (Adrian Gonosok) pada 2/7/2013, di Kg. Poginatan Ranau, kira-kira 50km dari pekan Ranau.

Kami sangat gembira pada masa ini, sepanjang pegalaman saya mogivas inilah pertama kali saya merasakan sangat gembira. Mungkin sebab kami sangat suka di Ranau atau sebab bersama dengan keluarga. Apa pun alasan memang saya sangat gembira. Terima kasih Tuhan Yesus Kristus.

Kami menginap di rest house perhutanan di pekan Ranau, keesokanya kami mandi di Poring, petang baru kami pulang Kudat. Wow gembira, isteri saya apa lagi membelilah bunga di Kundasang.

Ranau adalah tempat yang sangat indah bagi kami suami isteri, sehinggakan kami beli sebuah rumah teres dua tingkat di Pekan Ranau, atas nama isteri saya melalui loan perumahan kerajaan. tidaklah mahal RM190K sahaja.  Sehingga kini 30/7/2015 rumah itu sudah siap, cuma kunci belum diserahkan oleh pemaju, harap-harap bulan September tahun ini dapat kunci, seperti dalam jadual penyerahan kunci.

Keghairahan kami suami isteri bercuti di Ranau sedikit terjejas, ekoran gempa bumi 5.9 skala pada 5/6/2015, dan gempa susulah seminggu selepas itu 5.2 skala dan yang terbaru 27/7/2015 dengan kekuatan 4.9 skala.

Apapun diharap Tuhan masih melindungi daerah Ranau daripada gempa yang lebih Kuat, sehingga kini Ranau telah mengalami lebih kurang 120 kali gempa susulan sejak 5/6/15 sehingga 30/7/15.
Tuhan Yesus tolong jangan lagi ada gempa bumi di Ranau, supaya kami senang hati menikmati keindahan ciptaan Mu, sambil kami tidur lena di rumah teres kami nanti. Saya janji rumah kami akan menjadi tempat penginapan kawan-kawan dan ahli keluarga kami nanti dengan kadar sewa yang amat berpatutan. Amin...Love U Yesus and Love Ranau....

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.