Shallom sekali lagi, gambar ini gambar semasa Krismas 2012 di gereja PCS Jemaat Nongkul, anak kami dan sepupunya sedang memberi kesaksian pujian dan tarian. Saya sangat gembira apabila anak kami berani memberi kesaksian, bukan sebab saya yang menyuruh dia tapi dia sendiri yang mahu berkongsi lagu pujian dan tarian bagi Tuhan Yesus.
Syukur pada Tuhan Yesus kerana dia memilih anak kami untuk menjadi saluran berkatnya. Haleluya, semoga anak kami terus membesar dengan Roh Kudus menaugi dia, agar ia membesar menjadi berkat kepada kami semua dan kepada semua orang, demi kepentingan kerajaan Tuhan Yesus di muka bumi ini. Amin.
No comments:
Post a Comment