Wednesday, March 29, 2017
29/3/17.Ua1. Projek saya lepas kerja hari ini. Membaiki flush tanki tandas yang rosak akibat guest yang tidak bertanggungjawab minggu lepas. Saya sudah maklum dia, saya minta ganti rugi tapi masaih belum bagi duit sampai hari ini. Rangka katil single saya bengkok, gelas kaca dua biji hilang dan flush tandas rosak, saya minta dia RM200, dia cakap nanti bankin duit.
Saya memang tidak pernah buat sendiri kerja tukar flush tandas, saya pun tidak pernah belajar. Syukurlah ada Utube, saya cari di sana cara menukar flush tandas, memang ada banyak orang share dari serta dunia. Saya pun dengan yakin memulakan kerja. Wah! tidak semudah seperti yang saya sangka, punya keteta pengetat paip di bawah valve flush. Saya rasa saya perlu alat untuk memutarnya. Saya pergi cari di kedai One Stop Center di Ua1 tapi tiada, saya pergi kedai Capital di Inanam pun tiada, tiada juga flush tandas yang sama dengan flush tandas di rumah Masawi. Saya pergi 1B pergi di DIY, Yes akhirnya saya jumpa. Harga RM37.00, saya juga beli alat pemutar (Saya tidak tau nama sebenar alat itu ) Harga alat itu RM16.50. Lepas beli dua alat ini, saya makanlah dulu jam 8 malam sudah pula patutlah lapar sangat. Makan di mana KFC sajalah. Kemudian balik Ua1 mulakan kerja-kerja menukar flush tandas. Susah buka pengetat paip di bawah flush valve, itulah cabaran saya, tapi akhirnya terbuka juga. Saya ketuk ketuk tiba-tiba pengetat flush valve terlongar pula, saya terkeluar perkataan, "Tuhan Yesus yang tolong saya!" Projek siap sepenuhnya pada jam 10.00 mlm, saya balik CC2, Mandi dan layan sekejap DVD gusti dan KPM whatsapp group. Kemudaian tidur. lena tidur kalau tiada lagi difikir ttg flush tandas yang rosak.
Tuesday, March 28, 2017
LAPORAN LAWATAN BADAN MISI PUSAT KE JEMAAT GOLONOT
Tarikh: 22hb Oktober 2016
Masa: 10.00am Sehingga 3.00pm
Laporan Disediakan Oleh: Manuel Akiun
(AJK Badan Misi Pusat Dan Ketua Lawatan Badan Misi Pusat Ke Jemaat
Golonot)
PENGENALAN
Jemaat Golonot terletak dalam paroki Langkon, bahagian B.
Dibawah pengembalaan Pst Johani Masirun. Jarak dari Pejabat Pusat PCS
ke gereja PCS Golonot lebih kurang 65KM. Jarak dari simpang masuk dari
jalan besar lebih kurang 5KM.
Jemaat Golonot mempunyai bangunan gereja dengan bahan
bangunan kayu. Difahamkan bahan binaan diambil dari asrama Geneva di
Kota Marudu yang telah dirobohkan. Dibina pada tahun 2014, kemudian
lantai disimen pada tahun 2016. Kerja-kerja membina bagunan ini
dilakukan oleh AJKP bersama dengan Pst Johani sendiri.
Laluan menuju ke gereja Golonot melalui sungai lebih kurang
20 kaki lebar, boleh dilalui dengan merentasi sungai pada masa air sungai
cetek. Tidak ada titian atau jambatan.
Bilangan keluarga anggota jemaat Golonot ada 5 buah keluarga.
Ada seorang anggota jemaat yang sangat dedikasi dalam pelayanan di
jemaat Golonot, sedikit sebanyak menjadi kekuatan pelayanan di sini.
AKTIVITI LAWATAN MISI
Bilangan peserta dalam misi ini adalah seramai 10 orang, iaitu: 2
orang dari Badan Misi Pusat, 3 orang dari jemaat Nongkul dan 4 orang lagi
dari Rumah Doa (Kudat). Bilangan anggota yang dilayanai lebih kurang 30
orang termasuk kanak-kanak.
Misi bermula pada jam 8.15am bersarapan di pekan Matunggong,
kemudian bergerak menunju ke Jemaat Golonot. Jam 9.50am tiba di gereja
PCS Golonot. Berhat seketika dan menikmati sarapan pagi sembil beramah
mesra dengan jemaat dan para pemimpin dan pelayan di jemaat yang
hadir.
10.30am, mengadakan kebaktian, menggunakan liturgi Kebaktian
Umum. Ada punggutan persembahan. 12.30pm makan tengah hari. Jam
1.30pm sehingga jam 2.30pm diadakan aktiviti pemuridan dan doa
kepada beberpa individu yang sukarela didoakan, pelayanan kanak-kanak
dan bertukar-tukar buah fikiran dengan para pemimpin yang datang.
2.40pm, Persekutuan doa. 3.00pm misi berakhir dan ditunda kesatu
tarikh dan masa yang belum ditetapkan.
DAPATAN/ HASIL DARI MISI
Kekuatan: Jemaat Golonot sangat beruntung sebab mempunyai
seorang pelayan yang sangat dedikasi dalam pelayanan, melayani tanpa
mengenal penat lelah. Gembala bahagian B paroki Langkon juga sangat
perhatin dan membantu dalam pelayanan, begitu juga koodinasi pelaynan
disini yang memberikan komitmen yang tinggi sehingga mereka mampu
membina bangunan gereja PCS Golonot yang bersaiz 18 kai lebar dan
panjang 24 Kaki.
Kelemahan: Jemaat yang masih baru, banyak perkara yang perlu
mereka pelajari dalam hal kerohaniaan, pelayanan dan kehidupan Kristian
yang menurut kebenaran firman Tuhan.
Peluang: Peluang dan ruang penginjilan di kampong Golonot masih
terbuka luas, sebab masih ramai keluarga yang belum mendengar dan
menerima Injil.
Halangan: Ajaran yang fahaman lain merupakan halangan dan
saingan yang sangat menonjol dalam masyarakat di sini.
KESIMPULAN
Pelayanan di PCS Golonot perlu sokongan iaitu dalam
aspek, tenaga pelayan dan kewangan.
Sekian terima kasih “Mengabdi dan menjadi berkat”
Monday, March 27, 2017
27/3/17, Ua1. Rumah bro Masawi. Saya housekeeping selepas kerja. Sebab mlm ini ada guest. Saya tidak perlu kelang kabut sebab dia regular guest suatu masa dulu. Sekarang dia di Malaya, dia datang KK sebab review di HQ1. Sekali saya kemas bilik kecil saya perasan katil tidak rata, rupanya rangka katil sudah bengkok. Aduh ganas juga, mesti kerja guest budak budak ini. Ingatkan ini saja yg rosak ada lagi, flashing tandas pun patah, lepas itu ada dua glass untuk minum hilang. Saya geram juga dengan karena guest tidak bertanggung jawab. Saya whatsapp dia, saya bagitau kerosakan. Dia balas "tidak perasan pula" Saya minta ganti rugi RM200. Dia cakap nanti dua bankin. Dia ini MA di HWKKS. Tidak taulah dia ini boleh dipercayau atau tidak. Tidak apalah yg penting saya sudah maklumkan dia.
27/3/17. Rumah kami di Kg Tinangol. Saya sempat ambil gambar kolam mandi Ochie sebelum bertolak ke KK. Jam 4.30am. Kacau ini anjing, tiba tiba datang, saya bukan mau ambil gambar anjing. Inilah perkembangan projek kolam Ochie. Setiap kali saya sambung kerja kolam Ochie setiap kali itulah saya belajar sesuatu. Rupanya semakin banyak aktiviti saya buat semakin banyak pelajaran saya dapat. Hebat.. Nanti hujung minggu sambung lagi, entah apa lagi yg saya akan belajar. Tunggu dan lihat sajalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
25.1.2020 Mogivas dulu.

-
Ulangan 18:20-22 (TB) Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dika...
-
1/4/15..Kunci dan pemegang pintu bilik di bapa..baru saya pasang.. 14/4/15...repair aicond kereta saga tua saya..di Kudat.Hon Lee 24...