Tuesday, March 28, 2017





















LAPORAN LAWATAN BADAN MISI PUSAT KE JEMAAT GOLONOT
Tarikh: 22hb Oktober 2016
Masa: 10.00am Sehingga 3.00pm
Laporan Disediakan Oleh: Manuel Akiun
(AJK Badan Misi Pusat Dan Ketua Lawatan Badan Misi Pusat Ke Jemaat
Golonot)

PENGENALAN
Jemaat Golonot terletak dalam paroki Langkon, bahagian B.
Dibawah pengembalaan Pst Johani Masirun. Jarak dari Pejabat Pusat PCS
ke gereja PCS Golonot lebih kurang 65KM. Jarak dari simpang masuk dari
jalan besar lebih kurang 5KM.
Jemaat Golonot mempunyai bangunan gereja dengan bahan
bangunan kayu. Difahamkan bahan binaan diambil dari asrama Geneva di
Kota Marudu yang telah dirobohkan. Dibina pada tahun 2014, kemudian
lantai disimen pada tahun 2016. Kerja-kerja membina bagunan ini
dilakukan oleh AJKP bersama dengan Pst Johani sendiri.
Laluan menuju ke gereja Golonot melalui sungai lebih kurang
20 kaki lebar, boleh dilalui dengan merentasi sungai pada masa air sungai
cetek. Tidak ada titian atau jambatan.
Bilangan keluarga anggota jemaat Golonot ada 5 buah keluarga.
Ada seorang anggota jemaat yang sangat dedikasi dalam pelayanan di
jemaat Golonot, sedikit sebanyak menjadi kekuatan pelayanan di sini.

AKTIVITI LAWATAN MISI
Bilangan peserta dalam misi ini adalah seramai 10 orang, iaitu: 2
orang dari Badan Misi Pusat, 3 orang dari jemaat Nongkul dan 4 orang lagi
dari Rumah Doa (Kudat). Bilangan anggota yang dilayanai lebih kurang 30
orang termasuk kanak-kanak.
Misi bermula pada jam 8.15am bersarapan di pekan Matunggong,
kemudian bergerak menunju ke Jemaat Golonot. Jam 9.50am tiba di gereja
PCS Golonot. Berhat seketika dan menikmati sarapan pagi sembil beramah
mesra dengan jemaat dan para pemimpin dan pelayan di jemaat yang
hadir.
10.30am, mengadakan kebaktian, menggunakan liturgi Kebaktian
Umum. Ada punggutan persembahan. 12.30pm makan tengah hari. Jam
1.30pm sehingga jam 2.30pm diadakan aktiviti pemuridan dan doa
kepada beberpa individu yang sukarela didoakan, pelayanan kanak-kanak
dan bertukar-tukar buah fikiran dengan para pemimpin yang datang.
2.40pm, Persekutuan doa. 3.00pm misi berakhir dan ditunda kesatu
tarikh dan masa yang belum ditetapkan.

DAPATAN/ HASIL DARI MISI
Kekuatan: Jemaat Golonot sangat beruntung sebab mempunyai
seorang pelayan yang sangat dedikasi dalam pelayanan, melayani tanpa
mengenal penat lelah. Gembala bahagian B paroki Langkon juga sangat
perhatin dan membantu dalam pelayanan, begitu juga koodinasi pelaynan
disini yang memberikan komitmen yang tinggi sehingga mereka mampu
membina bangunan gereja PCS Golonot yang bersaiz 18 kai lebar dan
panjang 24 Kaki.
Kelemahan: Jemaat yang masih baru, banyak perkara yang perlu
mereka pelajari dalam hal kerohaniaan, pelayanan dan kehidupan Kristian
yang menurut kebenaran firman Tuhan.
Peluang: Peluang dan ruang penginjilan di kampong Golonot masih
terbuka luas, sebab masih ramai keluarga yang belum mendengar dan
menerima Injil.
Halangan: Ajaran yang fahaman lain merupakan halangan dan
saingan yang sangat menonjol dalam masyarakat di sini.

KESIMPULAN
Pelayanan di PCS Golonot perlu sokongan iaitu dalam
aspek, tenaga pelayan dan kewangan.
Sekian terima kasih “Mengabdi dan menjadi berkat”


No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.