Tuesday, March 14, 2017


































16/9/16, Pekan Matunggong Kudat, 9am. Perjumpaan pertama keluarga Aki Kolobon.. Seronok dapat mengenal ahli keluarga besar ini, tidak pernah terlintas dalam fikiran begitu ramai pula keluarga sebelah bapa kami, selama ini saya ingat sikit saja. Paling tidak saya jangkakan ramai pula keluarga kami di Kg Tambuluran, Rondomon dan sebelah Simpang Magahau. Syukur Tuhan telah memberi ilham orang Rungus masa kini untuk mencari susur galur nenek moyang mereka.
Mengikut cerita dari bapa kami dan nenek kami dikatakan bahawa Aki Kolobon seorang pahlawan yg gagah perkasa mempertahan daerah pesisir pantai Simpang Mangayau dan sekitarnya. Dikatakan Aki Kolobon mempunyaj kuasa kebal dan keupayaan berjalan diatas laut dan juga dia ada kemampuan bergerak sepantas kilat. Aki Kolobon mempunyai 5 orang anak, iaitu Guning, Tongkuban, Bansarang, Urombu dan Kempas. Saya dari keturunan Bansarang. Manue-Akiun-Injip-Yanahi-Yonsolung-Bansarang-Kolobon.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.