Sunday, March 19, 2017

















































































18/3/17, hari keluarga Aki Kolobon, bertempat di Rumah Tradisi RCA Kg. Bonduk. Shallom dalam nama Tuhan Yesus, secara peribadi sangat bersyukur atas jejayaan hari keluarga Aki Kolobon buat kali pertama. Idea hari keluarga mula dicanang pada pertemuan pertama pada 16/9/16, di pekan Matunggong Kudat, di restoran Matunggong. Setelah dua pertemuan selepas itu hari keluarga pun dilangsungkan. Sebagai AJK penganjur saya tidak mengharap kehadiran mencecah 500 orang, syukur juga kehadiran dalam buku pendaftaran ada 300 lebih. Tapi saya fikir ada lagi yg tidak terdaftar, saya andaikan kehadiran mencecah 400 orang. Kehadiran mantad YB Jornah Mozihim dan mantad YB Datuk Joe Ojihi  Supiring menambah seri majlis. Puji Tuhan.
Sesi ucapan dari beberapa orang yg mewakili anak anak Aki Kolobon iaitu dari Aki Guning, Bansarang, Tongkupan, Urombu dan Kempas. Antara yg mencuri tumpuan hadirin yg datang. Kepetahan mereka berpidato sangat mengkagumkan. Kalau saya yg diberi peluang saya tidak yakin boleh mengamat suasana seperti mana yg mereka berjaya lakukan.
Ada beberapa hal yg mereka perkatakan dalam ucapan mereka yg telah terpahat dalam bendak  hati saya antarnya ialah; 1. Kebajikan, 2.Koprasi, 3. Pendaftaran persatuan keluaga, 4. Pusarah Aki Kolobon, 5, Pembukuan susur galur.
Acara bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Secara perbadi merasa teruja berada dalam majlis ini, ramai individui yg selama ini tidak diketahui merupakan satu keluarga. Terasa dunia keluarga semakin besar, apa lagi ada beberapa ahli kelurga itu adalah bekas YB.  Boleh dikatakan keluarga Aki Kolobon bukan calang orangnya. Mungkin aura kepahlawanan dan kebijaksanaan Aki Kolobon masih mengalir pada keturunnya. Haleluya. Dikatakan Aki Kolobon antara 10 pahlawan Rungus pada zamanya sekitar tahun 1830an.  Mungkinkah hari kelurga ini suatu permulaan, atau suatu pengakhiran?.Semuanya terpulang kepada saya dan keturunan yang lain. Kita tunggu dan lihat. SEKIAN.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.