26/4/17..Kipas untuk rumah kami di Cc2, ada guest complaints panas dia cakap, walapun ada aircond. Tidak apalah saya beli kipas supaya guest biar kesejukan..Harga RM99.00 Saya beli di CP, dulu saya beli fridge di kedai ini juga. Harga berpatut dari kedai lain di KK.
Thursday, April 27, 2017
27/4/17..Kerosakan di rumah Masawi, inilah cabaran dalam usaha homestay iaitu kerosakan. Panggil tukang paip mesti susah mau dapat masa diorang, guest pula tidak tunggu, bila bila saja ada yg masuk. Syukur juga saya boleh baiki sendiri. Tapi bukan percuma. Haha Saya pun keluar modal juga, minyak kereta, masa, tenaga, kemahiran dan peralatan. Memadai saya charge RM80 untuk selesaikan dua masalah ini.
Wednesday, April 26, 2017
5/11/16. Hari ini bermulalah projek membina kolam mandi tepi rumah kami. Sudah terlalu lama niat ada kolam tepi rumah tertangguh sejak saya buat plan rumah kami lagi saya sudah masukkan dalam landscape rumah kami. Bayangkan itu berapa lama tertangguh sejak 2010 sehingga 2016, enam tahun. Hari ini saya membulatkan hati untuk memulakan projek ini, selepas parking kereta kami baru saja siap minggu lepas. Nanti saya akan bercerita pula tentang projek parking kereta kami, dilain kesempatan..Haha..macamlah ada yang follow saya punya blog...hehe...prasan.
Bukan semua gambar perjalanan projek membina kolam mandi tepi rumah kami ini ada dalam ruang ini, ada yang saya coretkan di blog Avantang dan dalam blog Manuel Akiun tapi di coretan/ post terdahulu. Memang agak mencabar kerja-kerja membina kolam, apalagi kalau tidak pernah membuatnya sebelum ini. Semuanya kemahiran baru belaka...Memang banyak sel-sel otak saya distimulasikan..Tapi akhirnya siap juga pada 23/4/17 petang hari Ahad. Terasa sangat legah bila projek siap sepenuhnya. Tempoh masa yang saya ambil adalah 6 bulan, tapi bukan setiap hari hanya hujug minggu itupun bukan sampai satu hari, biasanya saya ambil masa beberapa jam saja, curi-curi masa sebelum ada aktiviti lain pada hari Sabtu dan hari Ahad sebelum sembayang. Biasanya saya akan bangun awal pada hari Sabtu seawal 5.30pm sehingga jam 9 pagi. Pada hari Ahad dalam jam 6 pagi sehingga jam 9.30 pagi. Tapi bukan setiap minggu dalam masa 6 bulan itu. Saya agak kalau setiap hari dalam sebulan siap mangkali ini projek. Apa pun saya tidak kisah kalau sampai setahun baru siap yang penting bagi saya ada hasil kerja yang kelihatan setiap tahun. Haleluya.
Next projek saya ialah menyimen laman dan jalan masuk ke rumah kami..Mungkin inipun berbulan juga baru siap, atau 2018 baru siap. Tunggu dan lihat. Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)
25.1.2020 Mogivas dulu.

-
Ulangan 18:20-22 (TB) Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dika...
-
1/4/15..Kunci dan pemegang pintu bilik di bapa..baru saya pasang.. 14/4/15...repair aicond kereta saga tua saya..di Kudat.Hon Lee 24...