Tuesday, April 11, 2017
7/4/17..Ini kali kedua saya menyaksikan upacara pengkebumian dilakukan dengan menggunakan mesin. Cuma kali pertama pengkebumian menggunakan mesin hanya digunakan ketika proses mengorek lubang kubur, manakalah semasa menanam keranda dilakukan oleh tangan. Tapi kali ini semua dilakukan oleh mesin, saya masih dlm proses penerimaan cara pengkebumian dengan menggunakan mesin. Satu alasan saya tidak setuju penggunaan mesin ialah kelihat sangat kasar, kerja mengorek dan menimbus sangat tidak rapi, kedua tidak ada nilai sentuhan lembut dari tangan manusia, seolah oleh tiada kasih sayang dan rasa hormat dari ahli keluarga. Saya bimbang kalau perilaku ini akan menjadi ikutan dan akan menjadi budaya. Bayangkan mereka yg tidak mampu mengupah mesin, bagimana agaknya, atau dengan terpaksa mengupah mesin, sudah tentu kos pengebumian semakin meningkat. Secara jujur berpesan pada anak anak saya, isteri dan adik beradik dan saudara terdekat agar tidak menggunakan mesin semasa badan saya dikebumikan kelak pada hari itu nanti. Tidak tau bila tapi itu memang pasti akan tiba. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25.1.2020 Mogivas dulu.

-
Ulangan 18:20-22 (TB) Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dika...
-
1/4/15..Kunci dan pemegang pintu bilik di bapa..baru saya pasang.. 14/4/15...repair aicond kereta saga tua saya..di Kudat.Hon Lee 24...
No comments:
Post a Comment