Monday, April 3, 2017








10/12/16. Sembulan KK. Tugu peringatan 66. Kami bergambar dulu, kemudian makan malam di restoran berhampiran tugu ini, asalnya kawasan ini adalah laut, tapi sekarang telah menjadi daratan. Sedikit sejarah ttg kejadian yg berlaku di tempat ini adalah seperti ini,  pada tahun 1976 bulan Jun 6hb  telah berlaku nahas kapalterbang seramai 11 orang telah terbunuh.  Iaitu; 1) Tun Fuad Stephens ketua menteri Sabah, 2) Datuk Peter Mojunting, menteri kerajaan tempatan dan perubahan Sabah, 3) Datuk Salleh Sulong, menteri kewangan Sabah, 4) Ching Thien Vun, menteri kerja dan komunikasi Sabah, 5) Datuk Serous Bunion, pembantu menteri kepada timbalan ketua menteri Sabah, 6) Datuk Wahid Peter Andu, setiausaha kepada menteri kewangan Sabah, 7) Dr. Syed Hussin Wafa, pengarah unit perancang ekonomi Sabah, 8) Datuk Ishak Atan, setiausaha sulit kepada menteri kewangan Malaysia, 9) Johari Stephens ( Anak sulung Tun Fuad Stephens), 10) Kepten Ghani Nathan ( Pilot) 11) Kopral Said Mohammad ( Bodyguard kepada Tun Fuad Stephens). Sehingga kini peristiwa ini masih retorik oleh penduduk negeri Sabah, saya tidak pasti apa manafaatnya, atau apa yg menjadi kekuatan kejadian yg sudah 40 tahun berlalu ( dari tarikh saya ambil gambar ini 2016). Kalau pun benar ada komplot dan mengaitkan keenganan ketua menteri Sabah dan kabinetnya ttg royal minyak, kenapa tidak diterusakan keenggan itu oleh ketua menteri baru.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.