Monday, April 10, 2017























6/4/17, jam 12.05am di hospital Kudat. Nenek kami (Iyap Tompoong Gindaka Gugunon, 80 tahun) ibu kepada ibu kami(Yabit Talo) telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak mendiang. Hari ini saya balik ke KK untuk bekerja separuh hari. Saya perlu ke KK sebab mau buat housekeeping di Ua1. Walapun penat, sebab semalam saya bawah isteri dan ibu mertua  review di HQE 1.
Nenek kami di kebumikan pada 7/4/17 di tanah uncle Joe, di Kg Sinimbulan Kumbatang, dikuburkan disisi kubur datuk kami (Talo Gorimbang) suami nenek kami sendiri. Dua hari sebelum nenek meninggal iaitu pada hari Selasa 4/4/17 saya dan isteri sempat melawat nenek di hospital, dia masih mampu duduk dengan bantuan dan melihat kami berdua, dia tersenyum lagi pada kami. Rupanya hari itu adalah hari terakhir saya berjumpa dia. Memang inilah suratan manusia, Alkitab mengatakan upah dosa adalah maut. Semua manusia sudah berdosa itulah sebab semua manusia mengalami kematian. Sungguhpun demikian dlm Yesus Kristus ada harapan untuk dibangkitkan daripada kematian. Itulah sebab saya tetap setia dlm iman Kristian kerana jaminan dibangkitkan dari kematian.  Amin.





9/4/17. Koir para cucu nenek kami.
9/4/17. Koir anak-anak nenek kami. 
9/4/17. Kebaktian malam ketiga di rumah uncle Joe.. Koir para menantu nenek kami. 

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.