5.6.2017. Hiasan sempena sambutan Kaamatan di Imago KK. Macam di sawah padikan?
Thursday, June 20, 2019
Wednesday, June 19, 2019
Hakim-hakim 6:36-37 (TB) Kemudian berkatalah Gideon kepada Allah: "Jika Engkau mau menyelamatkan orang Israel dengan perantaraanku, seperti yang Kaufirmankan itu,
maka aku membentangkan guntingan bulu domba di tempat pengirikan; apabila hanya di atas guntingan bulu itu ada embun, tetapi seluruh tanah di situ tinggal kering, maka tahulah aku, bahwa Engkau mau menyelamatkan orang Israel dengan perantaraanku, seperti yang Kaufirmankan."
https://alkitab.app/v/11de777f75c2
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Awal pagi sudah hujan renyai renyai di KK dan matahari tidak kelihatan itu tandanya musim menanam sudah tiba. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah seorang lagi pahlawan orang Israel yg dipilih oleh Tuhan Bapa kita di Surga dari suku Manasye iaitu Gideon. Apa yg menarik tentang Gideon?. Ya tentang ketidak yakinanya atas kemampuannya dan penyertaan Tuhan. Macam Musa jugalah. Dikatakan Gideon meminta tanda ajaib berulangkali untuk meyakinkan dirinya sendiri. Anda suka mendapat tanda ajaib?. Mesti sukakan, malahan menjadikan tanda ajaib itu sebagai aset khotbah dan sharing kita kepada orang lain. Ada yg baru balik dari Surga? atau baru balik dari neraka? atau mendapat penglihatan semalam? Semasa pelayanan Tuhan Yesus gologan agamawan Yahudi pada masa itu mendesak meminta tanda ajaib dari Tuhan Yesus. Supaya mereka percaya bahawa Tuhan Yesus adalah Mesias. Tapi Tuhan Yesus tidak memberi tanda ajaib kepada mereka, selain menceritakan kisah Yunus yg ditelan ikan selama 3 hari 3 malam. Ingat baik baik tanda ajaib adalah bagi mereka yg tidak percaya terhadap penyertaan Tuhan. Ingat baik baik tanda ajaib boleh dilakukan oleh iblis juga. Seperti kisah para ahli sihir orang Mesir membuat ular daripada tongkat mereka untuk melawan tongkat Musa yg menjadi ular. Yakin dan percaya saja dengan penyertaan Tuhan dalam hidup kita itu sudah cukup baik daripada meminta tanda ajaib. Kitalah tanda ajaib itu sendiri, tunjukan dan pamerkan cara hidup kita yg memberkati orang lain, itulah tanda ajaib yg sebenar.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 20.6.19.

Friday, June 14, 2019
Hakim-hakim 1:6-7 (TB) Tetapi Adoni-Bezek melarikan diri, lalu mereka mengejarnya, menangkapnya dan memotong ibu jari dari tangannya dan dari kakinya.
Kata Adoni-Bezek: "Ada tujuh puluh raja dengan terpotong ibu jari tangan dan kakinya memungut sisa-sisa makanan di bawah mejaku; sesuai dengan yang kulakukan itu, demikianlah dibalaskan Allah kepadaku." Kemudian ia dibawa ke Yerusalem dan mati di sana.
https://alkitab.app/v/d4a610f061a6
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Hujan turun dengan lebat subuh hari ini. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah seorang raja Kanaan yg telah dikalahkan oleh suku Yehuda dan Simeon. Mereka memotong ibu jari tangan dan ibu jari kaki raja itu. Raja itu berkata dia pernah memotong ibu jari tangan dan ibu Hari kaki raja lain dan menjadi hambanya. Sekarang dia pula diperlakukan demikian. Tuhan Bapa kita di Surga membalas kejahatan raja itu. Mungkin kita fikir penghukuman hanya akan berlaku ketika Tuhan Yesus datang sebagai hakim. Tapi sebenarnya penghukuman itu sedang berlaku setiap hari. Anda setuju?. Jadi mari kita bertaubat daripada sikap dan perilaku kita yg selalu memperlakukan orang lain secara tidak adil dan tidak bermoral walapun mereka tidak mampu mempertahan diri daripada perbuatan keji orang lain. Ingat ada Tuhan Bapa kita di Surga yg sedang melihat dan membelah hak orang itu. Penghukuman pasti terjadi. Jadi mari kita bertaubat. Ada Amin?..
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 15.6.19.

10.6.19. Ini adalah projek membina tugu peringatan permulaan Gereja PCS Jemaat Nongkul. Kami upgrade dengan buat tangga tangga dan dihiasa batu batu licin. Kami ambil di pantai Limau Limawan, kira kira 15km dari gereja PCS jemaat Kg. Nongkul. Belum lagi siap sepenuhnya. Tugu ini sudah kami buat pada tahun 2005/6 lebih kurang 16/17 tahun yg lepas. Begitu lama baru terfikir mau buat sesuatu. Masa itu saya betul betul buta kerja kerja bertukang, tapi sekarang sudah semakin celik. Puji Tuhan..
Thursday, June 13, 2019
14.6.19. Inilah keadaan rumah kami ketika baru siap pada bulan 3 tahun 2011. 8 tahun yg lepas. Sekarang rumah kami sudah dikelilingi pokok buah buahan dan pokok kelapa. Dari sudut saya ambil gambar ini sekarang rumah kami tidak kelihatan dengan jelas sudah, sebab pandangan dihalang oleh pokok buah buahan, kelapa dan bunga. Apa pun syukur kepada Tuhan Yesus sebab kami sihat dan gembira menghuni rumah ini. Terlalu banyak berkat yg Tuhan sudah berikan kepada kami. Terima kasih Tuhan Yesus.
14.6.2011. Ibu kami Yabit Bte Talo kami bawa pulang dari hospital Queen 1 ke rumah kediaman ibubapa kami di kampung Nongkul Kudat. Tiba di kampung pada petang itu, kira kira jam 10.30 malam selepas doa kebaktian pada malam itu ibu kami menghembuskan nafas yg terakhir. Dia kembali kepada Tuhan Bapa kita di Surga. Hari ini 14.6.2019 genap 8 tahun pemergian ibu kami, tetap segar dalam ingatan saya dan kami adik bergaul. Salam kologusan adau biano.
Monday, June 10, 2019
Yosua 21:43-45 (TB) Jadi seluruh negeri itu diberikan TUHAN kepada orang Israel, yakni negeri yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah untuk diberikan kepada nenek moyang mereka. Mereka menduduki negeri itu dan menetap di sana.
Dan TUHAN mengaruniakan kepada mereka keamanan ke segala penjuru, tepat seperti yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka. Tidak ada seorang pun dari semua musuhnya yang tahan berdiri menghadapi mereka; semua musuhnya diserahkan TUHAN kepada mereka.
Dari segala yang baik yang dijanjikan TUHAN kepada kaum Israel, tidak ada yang tidak dipenuhi; semuanya terpenuhi.
https://alkitab.app/v/51a6d60814a2
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Jam berapa anda bangun hari ini?.Pertanyaan sensitif mangkali ini. Sedar atau tidak kebiasan bangun pagi kita akan mempengaruhi sepanjang hari kita. Anda setuju?.😅. Hari ini saya ingin kongsikan tentang catatan Alkitab yg mengatakan Tuhan Bapa kita di Surga telah menunaikan semua janjiNya kepada bangsa Israel, seperti yg telah dijanjikanNya kepada Abraham kira kira 700-800 tahun yg lepas. Ini barulah janji dalam Bible, bukan janji politik.😅. Wow punya lama baru digenapi. Jadi sabar ya, janji politik pun perlu masa untuk dipenuhi. Tuhan Yesus juga berjanji akan kembali lagi ke dunia sebagai Raja dan hakim atas semua manusia. 2000 lebih tahun yg lalu. Tengok saja kelender kita itulah tahun janji Tuhan Yesus itu dibuat. Agak agak bila janji itu akan digenapi?.Siapa tahu hari ini. Berbahagialah hamba yg sedang bekerja ketika tuannya pulang. Kita pun begitu berbahagialah kita kalau ketika Tuhan Yesus datang kita sedang bekerja. Tapi kalau kita sedang mabuk, atau sedang berzinah, atau sedang mencuri?...😅. Apa yg akan terjadi?.
Mari kita bertaubat, ingat janji Tuhan Yesus Dia akan kembali, mari kita siap sedia setiap waktu. Amin..
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 11.6.19.

Sunday, June 9, 2019
Yosua 20:7 (TB) Lalu orang Israel mengkhususkan sebagai kota perlindungan: Kedesh di Galilea, di pegunungan Naftali dan Sikhem, di pegunungan Efraim, dan Kiryat-Arba, itulah Hebron, di pegunungan Yehuda.
https://alkitab.app/v/f88ae96f5825
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat kembali bekerja kepada mereka yg baru kembali bekerja selepas bercuti panjang, sudah tentu bersemagat memulakan kerja hari ini. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin kongsikan tentang kota kota perlindungan yg telah disebut semasa Israel di bawah kepimpinan Musa. Pada zaman Yosua kota kota perlindungan telah diwujudkan. Salah satunya adalah kota Kedesh di Galilea. Buat pertama kalinya nama Galilea disebut dalam Alkitab. Ingat lagi nama Galilea?..😀. Daerah letaknya Nazaret kampung Tuhan Yesus. Pada zaman Alkitab nama seseorang dikaitan dengan nama tempat asal mereka. Seperti Rasul Paulus dari Tarsus. Zaman kita pula macam mana kita mengenali seseorang?. Dari kampung asalnya atau nama bapanya, atau nama dinominasinya atau pekerjaannya?..Atau bagaimana kita memperkenalkan diri kita?.Walauapapun cara kita memperkenalkan diri kita jangan lupa mengaku diri kita adalah orang Kristian. Jangan sampai agama kita jadi tanda tanya atau kita sendiri tidak pasti iman kita. Ada yg masih tidak pasti imanya?.bah kasi pasti cepat cepat supaya tahu mau daftar itu nama dalam buku kehidupan, sebab siapa siapa yg namanya tidak ditemukan dalam buku kehidupan dia akan dilemparkan dalam lautan api. Itulah kematian kedua.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun.
KK, 10.5.19.

Saturday, June 8, 2019
Yosua 19:49-50 (TB) Setelah orang Israel selesai membagikan negeri itu menjadi milik pusaka mereka menurut daerah-daerahnya, maka kepada Yosua bin Nun diberikanlah milik pusaka di tengah-tengah mereka.
Sesuai dengan titah TUHAN, mereka memberikan kepadanya kota yang dimintanya, yakni Timnat-Serah di pegunungan Efraim. Kota itu dibangunnya dan menetaplah ia di sana.
https://alkitab.app/v/5cfb0b08e6b9
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita semua, mari kita tumpukan perhatian kita kepada Tuhan Bapa kita di Surga sepanjang kebaktian kita hari ini. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah milik pusaka Yosua Bin Nun, panglima perang yg telah berjaya menguasai seluruh Tanah Perjanjian. Tidak ada lagi pemimpin yg dpt menguasai tanah perjanjian selepas Yosua, termasuk raja Daud, raja Solomo dan raja raja lain. Itulah hebatnya Yosua Bin Nun. Setelah semua suku mendapat bahagian termasuk 7 suku yg bermalas malasan mendapat bahagian, akhirnya Yosua mendapat bahagian di pergunungan Efraim satu kota yg dimintanya. Iaitu kota Timnat-Serah. Yosua membangun kota itu dan menetap di sana. Pemimpin yg luar biasa membangun sendiri kotanya, tidak meminta bantuan rakyat jelata untuk membangun kota untuk dirinya, wow hebat. Semasa Tuhan Yesus dalam dunia hidup sebagai manusia, Dia juga bekerja seperti kita. Tidak ada catatan Alkitab yg mengatakan Tuhan Yesus membuat makan dan minuman dengan melakukan mukjizat untuk menyerahkan keperluan hidupNya dan ahli keluargaNya, walhal Dia boleh lakukan. Yosua pun boleh mengerahkan rakyat untuk menyediakan kotanya, seperti yg dilakukan oleh raja Salomo. Kita hari macam mana pula?.Malar minta bantuan duit Kerajaan iaitu duit rakyat 😀. Malah kita bangga menerima bantuan dari kerajaan. Adakah ini yg terbaik dan membangun iman anggota jemaat?.Ada satu gereja kita dalam PCS dibangun oleh anggota Jemaatnya sendiri, melalui hasil kebun sawit anggota jemaat. Puji Tuhan. Jadi mari kita bina bangunan gereja kita sendiri tanpa mengharap bantuan dari luar, sebab kita mampu lakukan sebenarnya, walapun ambil masa bertahun, tapi percayalah iman anggota jemaat akan bertumbuh.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat 9.6.19.

Friday, June 7, 2019
Yosua 18:2-3 (TB) Pada waktu itu masih tinggal tujuh suku di antara orang Israel, yang belum mendapat bagian milik pusaka.
Sebab itu berkatalah Yosua kepada orang Israel: "Berapa lama lagi kamu bermalas-malas, sehingga tidak pergi menduduki negeri yang telah diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah nenek moyangmu?
https://alkitab.app/v/f6c1382ff2ca
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Musim hujan sudah kembali, tanah yg kering dan terbakar sebelum ini mula sudah menghijau. Tuhan setia memberi musim yg tetap setiap tahun. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan cerita tentang Yosua menegur sikap 7 suku Israel yg tidak pergi merebut tanah milik pusaka mereka, walhal perbahagian tanah milik pusaka telah dibuat ketika zaman Musa lagi lebih kurang 10 yg lepas. Tapi mereka tidak bertindak, mereka bermalas malasan. Pernah bermalas malasan?. Sampai tidak bangun bangun dari tempat tidur sampai jam 10 pagi?.😅. Tuhan Yesus tidak bermalas malasan dalam pelayananNya, itu yg kita saksikan semua tanda tanda mesiah Tuhan Yesus boleh genapi dalam tempoh 3 tahun. Agak agak kalau Tuhan Yesus bermalas malasan sampai 10 tahun dalam pelayanan tiada satu tanda mesiah pun Dia buat, lagilah tambah gelisah Yohanes Pembabtis dan bertanya "Anda Mesias atau kami tunggu yg lain?". 😀. Gereja hari ini masih bermalas malasan, tiada tanda tanda Pentakosta pun. Ada yg tersinggung?.😀. Atau dengan kata kasarnya tiada tanda pekerjaan Roh Kudus. Gereja yg tiada tanda pekerjaan Roh Kudus, adalah gereja yg bermalas malasan, sibuk berdebat, sibuk kempen jawatan, sibuk membenarkan gerejanya dan macam macam lagi, seperti jemaat Korintus. Mari kita bertaubat, supaya kita matang kata Paulus kepada jemaat Korintus. Kita mahu gereja kita matang?.Mari kita jalankan amanat Agung Tuhan Yesus, itulah tanda Pentakosta. Ada Amin?.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 8.5.19.

Thursday, June 6, 2019
Yosua 17:15-16 (TB) Jawab Yosua kepada mereka: "Kalau engkau bangsa yang banyak jumlahnya, pergilah ke hutan dan bukalah tanah bagimu di sana di negeri orang Feris dan orang Refaim, jika pegunungan Efraim terlalu sesak bagimu."
Kemudian berkatalah bani Yusuf: "Pegunungan itu tidak cukup bagi kami, dan semua orang Kanaan yang diam di dataran itu mempunyai kereta besi, baik yang diam di Bet-Sean dengan segala anak kotanya maupun yang diam di lembah Yizreel."
https://alkitab.app/v/0a0e0482a48f
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Kalau boleh saya pun mahu cuti juga hari ini, tetapi tidak boleh sebab kawan kawan yg meraihkan hari raya diberi keutamaan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang cerita keturunan Yusuf yg sudah diberi dua kouta berbanding anak anak Yakub yg lain hanya satu kouta pembahagian tanah perjanjian. Mereka ingin lagi tambah kawasan, aduh tamakkah apa diorang ini. Tapi Yosua bijak memberi jawapan, diperintahkan mereka membuka kawasan hutan dan pergunungan yg memang kawasan suku Yusuf juga. Tetapi suku Yusuf memberi alasan kawasan itu dihuni oleh orang Kanaan yg mempunyai kekuatan askar berkereta besi. Ada saja alasan diorang. Semasa pelayan Tuhan Yesus ada seorang pemuda yg ingin mengikuti dia. Tapi oleh sebab dia tidak sanggup tinggalkan kekayaannya dia tidak jadi ikut Tuhan Yesus. Hari ini pun begitu juga seribu alasan anggota jemaat tidak dapat datang kegereja. Tidak suka pemimpin gereja, tidak ada masa, tidak merasa ada keperluan datang beribadah, khotbah tidak membangun imanya, khotbah terlalu panjang, dan banyak lagi. Agak agak alasan kita yg mana satu?😀..Mari kita bertaubat pandang dan fokus kepada Tuhan Yesus untuk memuji dan menyembah dia. Tidak perlu terganggu dengan keadaan dan sikap pemimpin, khotbah, aktiviti gereja, persembahan dan sebagai. Fokus saja pada Tuhan Yesus. Habis cerita.😀.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 7.6.19.

Wednesday, June 5, 2019
Yosua 16:9-10 (TB) Selanjutnya bagi bani Efraim ditentukan kota-kota terpisah di tengah-tengah milik pusaka bani Manasye, segala kota itu dengan desa-desanya.
Tetapi orang Kanaan yang diam di Gezer tidaklah dihalau mereka. Jadi orang Kanaan itu masih tetap tinggal di tengah-tengah suku Efraim sampai sekarang, tetapi menjadi budak rodi.
https://alkitab.app/v/5389012ce734
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Sekali lagi kita ucapakan selamat hariraya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yg meraihkannya. Hari ini saya ingin berkongsi tentang pembahagian tanah pusaka bagi keturunan Yusuf, ingat lagi siapa Yusuf?. Ya orang Isreal yg menjadi gebenor Mesir. Istemewanya keturunan Yusuf sebab diberi dua bahagian berbanding keturunan yg lain iaitu hanya satu bahagian. Sebab Yakub bapa mereka menganggap dua orang anak Yusuf adalah anaknya sendiri. Oleh sebab sayangnya Yakub kepada Yusuf itu yg menyebabkan anak anak Yakub yg lain cemburu, sehingga anak anak Yusuf pun diangkat sebagai anak Yakub sendiri yg ada hak yg sama seperti anak Yakub yg lain. Macam tidak adilkan, itulah kuasa kasih dan sayang. Anda dan saya pun begitu. Kita pun diangkat oleh Tuhan Bapa kita di Surga melalui Tuhan Yesus sebagai anak Tuhan Bapa di Surga, sehingga kita memanggil sang pencipta itu bapa kita. Puji Tuhan. Kalau hidup kita melarat hari ini, ingat siapa bapa kita. Mungkin hubungan anda tidak mesra dengan Bapa kita di Surga. Jadi perbaiki hubungan itu, supaya hidup kita dipulihkan.Jadi jangan sekali kali sombong rohani, sebab kita bukan siapa siapa tanpa Tuhan Yesus. Anda setuju?..😀
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat 6.6.19.

Tuesday, June 4, 2019
Yosua 15:63 (TB) Tetapi orang Yebus, penduduk kota Yerusalem, tidak dapat dihalau oleh bani Yehuda. Jadi orang Yebus itu masih tetap diam bersama-sama dengan bani Yehuda di Yerusalem sampai sekarang.
https://alkitab.app/v/f7171779cd46
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini dan esok merupakan cuti umum bagi menyambut perayaan hari raya Aidilfitri. Kita ucapkan selamat Hari raya kepada semua rakyat Malaysia yg meraihkannya. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah kegagalan suku Yehuda mengalahkan orang Yebus di kota Yerusalem. Orang gergasi dipergunungan Hebron dapat dikalahkan oleh Kaleb bin Yefune tapi orang Yebus tidak dpt di kalahkan oleh orang Yehuda. Mereka tidak panggil Kaleb bin Yefune...Mungkin juga orang yg masih tinggal di Yerusalem sampai hari ini adalah keturunan orang Yebus. Sekarang ada dua majid di kota Yerusalem. Betul betul orang Yehuda Israel gagal sampai zaman kita untuk mengusur bangsa lain di kota Yerusalem. Semasa pelayanan Tuhan Yesus, kota Yerusalem adalah pusat keagaman orang Yahudi malahan sampai hari ini sebenarnya. Kita berterima kasih kepada Tuhan Yesus sebab Dia tidak lagi mengajar tentang merebut tempat untuk kita beribadah, sebab Roh Tuhan sekarang tinggal dalam diri kita, Tuhan Yesus mengatakan kita satu dengan Dia. Tiada lagi tempat yg terpilih di dunia ini, sebab setiap orang percaya itulah tempat Roh Tuhan tinggal dan Roh Tuhan beroperasi untuk meluaskan kerajaanNya. Puji Tuhan. Itu sebab kehadiran kita mesti dapat dirasakan kesanya yg memberi kehidupan. Kita beri sukacita, kita beri pengharapan, kita beri damai sejahtera, kita beri pengampunan, dan sebagainya. Anda dan saya sudah lalukan itu?.Amin puji Tuhan. Itulah maksud garam dan terang dunia. Amin..
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 5.6.19.

Monday, June 3, 2019
Yosua 14:10-11 (TB) Jadi sekarang, sesungguhnya TUHAN telah memelihara hidupku, seperti yang dijanjikan-Nya. Kini sudah empat puluh lima tahun lamanya, sejak diucapkan TUHAN firman itu kepada Musa, dan selama itu orang Israel mengembara di padang gurun. Jadi sekarang, telah berumur delapan puluh lima tahun aku hari ini;
pada waktu ini aku masih sama kuat seperti pada waktu aku disuruh Musa; seperti kekuatanku pada waktu itu demikianlah kekuatanku sekarang untuk berperang dan untuk keluar masuk.
https://alkitab.app/v/9dfd16b0fc4d
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Lengang saja jalan di KK sekarang, tiada kesesakan awal pagi, tapi kalau berlarutan begini bikin risau juga, sebab ekonomi KK akan lumpuh. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah Kaleb bin Yefune, ingat lagi siapa orang ini?😀. Ya kawan Yosua bin Nun, mereka antara 12 pengintai yg diutus Musa untuk menunjau tanah perjanjian 45 tahun yg lepas dari cerita ini. Hanya mereka berdua saja yg dibenarkan masuk tanah perjanjian daripada semua umat Israel yg berumur 20 tahun dan keatas ketika keluar dari Mesir. Dikatakan umur Kaleb pada cerita ini 85 tahun, dia masih mengaku kuat dan masih kuat untuk berperang, wow ini barulah hebat. Kita hari ini umur 85 tahun mampu lagi berperang?..😀😀. Kaleb mau berperang dengan siapa dan di mana, ya di Kawasan pergunungan dan berperang dengan manusia sepsis seperti Goliat. Hebat memang hebat manusia bernama Kaleb bin Yefune. Semasa pelayanan Tuhan Yesus, ada satu muridNya yg bernama Simon si Zilot bukan Simon Petrus. Dia dikatakan bersemagat. Mungkin seperti Kaleb bin Yefune bersemangat. Puji Tuhan. Kita hari ini macam mana?. Bersemangat seperti Kaleb bin Yefune?..Gereja dan masyarakat kita hari ini memerlukan orang yg bersemangat. Agak agak macam mana gaya hidup Kaleb bin Yefune? Saya boleh agak gaya hidup orang yg bersemangat. Tidak menyusahkan orang lain, berdikari, tidak putus asa, tangkas, ceria dan banyak lagi.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 4.6.19.

Sunday, June 2, 2019
Yosua 13:1 (TB) Setelah Yosua menjadi tua dan lanjut umurnya, berfirmanlah TUHAN kepadanya: "Engkau telah tua dan lanjut umur, dan dari negeri ini masih amat banyak yang belum diduduki.
https://alkitab.app/v/dd911c557407
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Bagi mereka yg kembali bekerja hari ini selamat bekerja bagi mereka yg baru mula bercuti selamat bercuti. Inilah yg menariknya hidup di negara Malaysia banyak cuti umum sebab perayaan keagaman, boleh dikatakan negara Malaysia adalah pertemuan semua agama besar dunia. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah Yosua yang sudah lanjut umur dan sudah tua. Tidak pasti berapa umur Yosua pada waktu itu. Dikatakan dalam fasal ini, masih banyak kawasan tanah perjanjian belum direbut oleh orang Israel. Tidak pasti kenapa, tiada catatan dalam Alkitab, mungkin mereka sudah cukup dengan apa yg mereka telah perolehi, buat apa lagi berusaha merebut semua tempat. Sikap berpuas hati dan selesa dalam satu titik kehidupan selalunya menjadi perangkap untuk kita maju dalam pelayanan dan kehidupan kita. Seperti amanat Agung Tuhan Yesus, "Pergi jadikan semua bangsa murid Ku" Adakah kita pergi?.Atau kita sudah cukup selesa dalam gereja kita masing masing?.Jarang kita dengan misi dan penginjilan yg dianjurkan oleh gereja setempat. Paling pun melawat jemaat lain, bersuka ria makan dan minum dan pulang. Akhirnya misi menawan seluruh tanah perjanjian tidak kesempaian. Samalah dengan kita hari ini, amanat Agung Tuhan Yesus tidak pernah sempurna. Jadi mari kita aktifkan misi dan penginjilan kita, jangan sampai kita ditolak oleh Tuhan Yesus, sebab tidak melakukan apa yg Dia perintahkan. Jangan cakap kami telah melayani Tuhan Yesus dengan setia, mengusir roh roh jahat, menyembuhkan orang sakit, setia buat KKR dan macam macam lagi. Tapi Tuhan Yesus cakap " Maaf saya tidak kenal kamu, sebab kamu tidak melakukan apa yg Aku perintahkan"..Sedihkan kalau begitu.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 3.6.19.

Saturday, June 1, 2019
Yosua 12:1, 24 (TB) Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh orang Israel dan yang negerinya diduduki mereka di seberang Yordan ke arah matahari terbit, dari sungai Arnon sampai gunung Hermon, serta seluruh Araba-Yordan ke arah timur:
raja negeri Tirza, satu; jadi jumlah semua raja itu, tiga puluh satu orang.
https://alkitab.app/v/b0a08ec13f01
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita semua hari ini. Hari ini saya ingin kongsikan tentang jumlah raja raja di Tanah Perjanjian yg ditewaskan oleh Yosua, dikatakan seramai 31 orang raja, punya ramai raja yg berkuasa dalam satu negara yg kecil. Mungkin zaman itu penduduk di sana ramai. Hari ini jumlah penduduk di negara Israel lebih kurang 10 juta. Kira ramai juga dibandingkan dengan keluasan negaranya. Kejayaan orang Israel merebut dan menewaskan 31 raja bersama kota kotanya adalah hasil penyertai Tuhan Bapa kita di Surga. Mana mungkin orang Israel mampu lakukan itu, sedangkan mereka telah lama hidup terasing selama 40 tahun di padang pasir. Itulah hebatnya pekerjaan Tuhan Bapa kita di Surga, Dia boleh memampukan kita melakukan sesuatu, sebab itu kita tidak perlu risau kalau kita diberi tugas dalam pelayanan sebab pasti Roh Tuhan memampukan kita. Puji Tuhan. Jangan cakap " Saya sudah tua". Sebab umur Musa ketika memulakan pelayanan pun 80 tahun. Umur Yosua ketika menyeberang sungai Yordan 60 tahun dan masih mampu berperang😀. Umur bukan penghalang dalam pelayanan. Siapa tau anda dipanggil memasuki seminari ketika umur 60 tahun, selepas bersara. Tidak mustahil dan anda dan saya masih mampu sebenarnya. Siapa tahun hidup anda dan saya benar benar bermula ketika usia 70 tahun, ada yg berani berkata Amin?.😀. Bukan bermasuk kawin baru ah..
Salam damai untuk kita semua
✝ Manuel Akiun. Kudat, 2.6.19.

Subscribe to:
Posts (Atom)
25.1.2020 Mogivas dulu.

-
Ulangan 18:20-22 (TB) Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dika...
-
1/4/15..Kunci dan pemegang pintu bilik di bapa..baru saya pasang.. 14/4/15...repair aicond kereta saga tua saya..di Kudat.Hon Lee 24...