Yosua 12:1, 24 (TB) Inilah raja-raja negeri yang dikalahkan oleh orang Israel dan yang negerinya diduduki mereka di seberang Yordan ke arah matahari terbit, dari sungai Arnon sampai gunung Hermon, serta seluruh Araba-Yordan ke arah timur:
raja negeri Tirza, satu; jadi jumlah semua raja itu, tiga puluh satu orang.
https://alkitab.app/v/b0a08ec13f01
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita semua hari ini. Hari ini saya ingin kongsikan tentang jumlah raja raja di Tanah Perjanjian yg ditewaskan oleh Yosua, dikatakan seramai 31 orang raja, punya ramai raja yg berkuasa dalam satu negara yg kecil. Mungkin zaman itu penduduk di sana ramai. Hari ini jumlah penduduk di negara Israel lebih kurang 10 juta. Kira ramai juga dibandingkan dengan keluasan negaranya. Kejayaan orang Israel merebut dan menewaskan 31 raja bersama kota kotanya adalah hasil penyertai Tuhan Bapa kita di Surga. Mana mungkin orang Israel mampu lakukan itu, sedangkan mereka telah lama hidup terasing selama 40 tahun di padang pasir. Itulah hebatnya pekerjaan Tuhan Bapa kita di Surga, Dia boleh memampukan kita melakukan sesuatu, sebab itu kita tidak perlu risau kalau kita diberi tugas dalam pelayanan sebab pasti Roh Tuhan memampukan kita. Puji Tuhan. Jangan cakap " Saya sudah tua". Sebab umur Musa ketika memulakan pelayanan pun 80 tahun. Umur Yosua ketika menyeberang sungai Yordan 60 tahun dan masih mampu berperang😀. Umur bukan penghalang dalam pelayanan. Siapa tau anda dipanggil memasuki seminari ketika umur 60 tahun, selepas bersara. Tidak mustahil dan anda dan saya masih mampu sebenarnya. Siapa tahun hidup anda dan saya benar benar bermula ketika usia 70 tahun, ada yg berani berkata Amin?.😀. Bukan bermasuk kawin baru ah..
Salam damai untuk kita semua
✝ Manuel Akiun. Kudat, 2.6.19.
No comments:
Post a Comment