Wednesday, June 5, 2019

Yosua 16:9-10 (TB)  Selanjutnya bagi bani Efraim ditentukan kota-kota terpisah di tengah-tengah milik pusaka bani Manasye, segala kota itu dengan desa-desanya.
Tetapi orang Kanaan yang diam di Gezer tidaklah dihalau mereka. Jadi orang Kanaan itu masih tetap tinggal di tengah-tengah suku Efraim sampai sekarang, tetapi menjadi budak rodi.

https://alkitab.app/v/5389012ce734

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Sekali lagi kita ucapakan selamat hariraya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yg meraihkannya. Hari ini saya ingin berkongsi tentang pembahagian tanah pusaka bagi keturunan Yusuf, ingat lagi siapa Yusuf?. Ya orang Isreal yg menjadi gebenor Mesir. Istemewanya keturunan Yusuf sebab diberi dua bahagian berbanding keturunan yg lain iaitu hanya satu bahagian. Sebab Yakub bapa mereka menganggap dua orang anak Yusuf adalah anaknya sendiri. Oleh sebab sayangnya Yakub kepada Yusuf itu yg menyebabkan anak anak Yakub yg lain cemburu, sehingga anak anak Yusuf pun diangkat sebagai anak Yakub sendiri yg ada hak yg sama seperti anak Yakub yg lain. Macam tidak adilkan, itulah kuasa kasih dan sayang. Anda dan saya pun begitu. Kita pun diangkat oleh Tuhan Bapa kita di Surga melalui Tuhan Yesus sebagai anak Tuhan Bapa di Surga, sehingga kita memanggil sang pencipta itu bapa kita. Puji Tuhan. Kalau hidup kita melarat hari ini, ingat siapa bapa kita. Mungkin hubungan anda tidak mesra dengan Bapa kita di Surga. Jadi perbaiki hubungan itu, supaya hidup kita dipulihkan.Jadi jangan sekali kali sombong rohani, sebab kita bukan siapa siapa tanpa Tuhan Yesus. Anda setuju?..😀
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat 6.6.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.