Yosua 18:2-3 (TB) Pada waktu itu masih tinggal tujuh suku di antara orang Israel, yang belum mendapat bagian milik pusaka.
Sebab itu berkatalah Yosua kepada orang Israel: "Berapa lama lagi kamu bermalas-malas, sehingga tidak pergi menduduki negeri yang telah diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah nenek moyangmu?
https://alkitab.app/v/f6c1382ff2ca
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Musim hujan sudah kembali, tanah yg kering dan terbakar sebelum ini mula sudah menghijau. Tuhan setia memberi musim yg tetap setiap tahun. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan cerita tentang Yosua menegur sikap 7 suku Israel yg tidak pergi merebut tanah milik pusaka mereka, walhal perbahagian tanah milik pusaka telah dibuat ketika zaman Musa lagi lebih kurang 10 yg lepas. Tapi mereka tidak bertindak, mereka bermalas malasan. Pernah bermalas malasan?. Sampai tidak bangun bangun dari tempat tidur sampai jam 10 pagi?.😅. Tuhan Yesus tidak bermalas malasan dalam pelayananNya, itu yg kita saksikan semua tanda tanda mesiah Tuhan Yesus boleh genapi dalam tempoh 3 tahun. Agak agak kalau Tuhan Yesus bermalas malasan sampai 10 tahun dalam pelayanan tiada satu tanda mesiah pun Dia buat, lagilah tambah gelisah Yohanes Pembabtis dan bertanya "Anda Mesias atau kami tunggu yg lain?". 😀. Gereja hari ini masih bermalas malasan, tiada tanda tanda Pentakosta pun. Ada yg tersinggung?.😀. Atau dengan kata kasarnya tiada tanda pekerjaan Roh Kudus. Gereja yg tiada tanda pekerjaan Roh Kudus, adalah gereja yg bermalas malasan, sibuk berdebat, sibuk kempen jawatan, sibuk membenarkan gerejanya dan macam macam lagi, seperti jemaat Korintus. Mari kita bertaubat, supaya kita matang kata Paulus kepada jemaat Korintus. Kita mahu gereja kita matang?.Mari kita jalankan amanat Agung Tuhan Yesus, itulah tanda Pentakosta. Ada Amin?.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 8.5.19.
No comments:
Post a Comment