Wednesday, June 19, 2019

Hakim-hakim 6:36-37 (TB)  Kemudian berkatalah Gideon kepada Allah: "Jika Engkau mau menyelamatkan orang Israel dengan perantaraanku, seperti yang Kaufirmankan itu,
maka aku membentangkan guntingan bulu domba di tempat pengirikan; apabila hanya di atas guntingan bulu itu ada embun, tetapi seluruh tanah di situ tinggal kering, maka tahulah aku, bahwa Engkau mau menyelamatkan orang Israel dengan perantaraanku, seperti yang Kaufirmankan."

https://alkitab.app/v/11de777f75c2

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Awal pagi sudah hujan renyai renyai di KK dan matahari tidak kelihatan itu tandanya musim menanam sudah tiba. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah seorang lagi pahlawan orang Israel yg dipilih oleh Tuhan Bapa kita di Surga dari suku Manasye iaitu Gideon. Apa yg menarik tentang Gideon?. Ya tentang ketidak yakinanya atas kemampuannya dan penyertaan Tuhan. Macam Musa jugalah. Dikatakan Gideon meminta tanda ajaib berulangkali untuk meyakinkan dirinya sendiri. Anda suka mendapat tanda ajaib?. Mesti sukakan, malahan menjadikan tanda ajaib itu sebagai aset khotbah dan sharing kita kepada orang lain. Ada yg baru balik dari Surga? atau baru balik dari neraka? atau mendapat penglihatan semalam? Semasa pelayanan Tuhan Yesus gologan agamawan Yahudi pada masa itu mendesak meminta tanda ajaib dari Tuhan Yesus. Supaya mereka percaya bahawa Tuhan Yesus adalah Mesias. Tapi Tuhan Yesus tidak memberi tanda ajaib kepada mereka, selain menceritakan kisah Yunus yg ditelan ikan selama 3 hari 3 malam. Ingat baik baik tanda ajaib adalah bagi mereka yg tidak percaya terhadap penyertaan Tuhan. Ingat baik baik  tanda ajaib boleh dilakukan oleh iblis juga. Seperti kisah para ahli sihir orang Mesir membuat ular daripada tongkat mereka untuk melawan tongkat Musa yg menjadi ular. Yakin dan percaya saja dengan penyertaan Tuhan dalam hidup kita itu sudah cukup baik daripada meminta tanda ajaib. Kitalah tanda ajaib itu sendiri, tunjukan dan pamerkan cara hidup kita yg memberkati orang lain, itulah tanda ajaib yg sebenar.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 20.6.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.