Friday, May 31, 2019

Yosua 11:15-16 (TB)  Seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, hamba-Nya itu, demikianlah diperintahkan Musa kepada Yosua dan seperti itulah dilakukan Yosua: tidak ada sesuatu yang diabaikannya dari segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
Demikianlah Yosua merebut seluruh negeri itu, pegunungan, seluruh Tanah Negeb, seluruh tanah Gosyen, Daerah Bukit, serta Araba-Yordan, dan Pegunungan Israel dengan tanah rendahnya;

https://alkitab.app/v/624918289871

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Tahniah kepada Unduk Ngadau tahun ini dan tahniah kepada penganjur Kaamatan. Tidak dapat dinafikan Kaamatan telah memartabatkan bangsa kita dimata dunia. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah Yosua menyelesaikan misinya merebut seluruh tanah Perjanjian seperti yg diperintahkan Tuhan Bapa kita di Surga kepada Musa dan disampaikan oleh Musa kepada Yosua. Tuhan Yesus yg datang ke dunia juga mempunyai misi yg jelas, iaitu untuk menjadi korban perdamian diantara manusia dan Tuhan Bapa kita di Surga. Dia telah menyelesaikan misiNya dengan sempurna. Kita pun ada misi yg Tuhan berikan kepada kita sebenarnya. Tetapi ramai yg tidak tahu apa misi itu. Itu yg kita tengok sampai ketua, masih tidak berubah perangai. Tidak menjadi berkat. Menyusahkan adalah..😅. Jangan cakap suka hati akulah, sebab anda dan saya tanpa sedar sedang merosakan dunia ini sebab perilaku kita yg tidak bertanggungjawab. Setuju dengan saya?.😀. Jadi mari kita bertaubat, lakukan misi yg Tuhan telah berikan kepada kita. Kalau tidak tahu apa misi itu, berdoalah dan lembutkan hati, pasti anda dan saya tahu dengan sangat pasti. Misi Inilah nanti yg akan anda dan saya akan lakukan. Percayalah hidup kita pasti berubah kepada kehidup yg lebih baik. Amin.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 1.6.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.