14/4/15...repair aicond kereta saga tua saya..di Kudat.Hon Lee
24/4/15. Nama barang ini Longuvai, barang yang ada nilai berian kepada keluarga perempuan dalam adat perkawinan bangsa Rungus. Longuvai ini adalah berian yang saya berikan kepada keluarga isteri saya, kemudian mentua saya berikan kepada isteri saya pula. Kini menjadi milik kami pula..Uniknya perkawinan bangsa Rungus.
26/4/15. Pagar gereka PCS Tinangol sedang dalam pembinaan.
26/4/15. Praces di dalam gereja PCS Tinangol.
2/5/15. Barang guest saya di homestay Masawi.
12/5/2015..Masa ini saya di apartment saja selama 2 hari, tidak kemana-mana sebab tiada kereta. Kereta saya sedang dibaiki di bangkel si David di Telipok. Gear ada masalah tida boleh masuk gear, jadi terpaksa turunkan gearbox, buka habis dan tukar part yang rosak. Dalam RM350 jugalah..Ingatkan dalam RM600. Syukur juga saya ada simpan sikit hasil pendapatan homestay saya yang baru saya buat dua bulan lepas. Banyak cabaran lepas saya buka homestay, sini sana rosak. Kesian..Tapi tidak apalah memang asam garam sesuatu perkara kalau baru mahu mula.
13/5/15.Lampu LED berwarna-warni saya beli di Center Point..Lepas kereta saya siap, saya pun jalan-jalanlah kasih hilang itu tekanan...Haha...
15/5/15...Saya tidak pasti mana tempat ini 1B atau CP...
16/5/15. Jalan menujuk kg. Nongkul sedang dibaiki, terima kasih kepada kerajaan sebab jalan ini memang selalu dibaiki dalam setahun mesti ada sekali dibaiki.
16/5/15..Bengkel kraftangan kg. Bonduk, masa ini saya sangat mahukan rumah panjang tradisi dibuat di kg. Nongkul. Harap-harap tahun 2016 kami boleh mulakan projek membina rumah panjang tradisi kami. Sekarang ini saya perlu memujuk anggota jemaat agar bersetuju dan mahu membuat rumah panjang tradisi tersebut. Dalam fikiran saya masa khotbah 31/12/15 saya akan ambil peluang itu untuk memujuk mereka sebaik dan sedaya yang boleh. Tunggulah nanti, kalau Tuhan Yesus izinkan pasti rumah panjang itu akan terbina juga.
16/5/15. Petang pula saya dan family pergi Kota Marudu membeli barang kedai runcit kami. Ini si Mamy, di Ochie dan si Allow di depan kauter.
16/5/15. Lepas membeli barang kedai runcit, kami makan KFC..
17/5/15. Seperti biasa hari minggu kami beribadah di gereja PCS Tinangol.
17/5/15. Gereja sekolah Minggu. Sudah siap dibina, sumbangan kerajaan.
24/5/15. Meja si Apah..dia buat sendiri, kaki meja itu brustel kuburan datuk kami Talo Gorimbang. Saya pun ada ambil juga brustel ini, tapi belum lagi saya buat apa-apa. Brustel ini telah diganti selepas baik pulih kuburan datuk kami itu.
27/5/15..Asam si Bailan..
27/5/15..Ketam si Ayu, saya beli dan kami masak di office kemudian kami makan di office..sedapnya...
27/5/15..Nasi Shizling Retaurent Khalizah UA1,..
5/6/15...Saya ambil gambar tanah milik gereja Yesus Benar di Spanggar laluan utama tanah tepi jalan besar. Kayanya gereja inikan. Nilai tanah dikawasan ini mungkin sampai 1 juta satu ekar. Cuma tidak pasti sama ada tanah ini sudah dibeli lama sebelum ini atau baru dibeli. Apapun sangat bijak kepimpinan gereja Yesus Benar, sebab dapat melihat potensi tanah untuk dibeli. Sudah tentu Roh Kudus yang bekerja dikalangan pemimpin gereja mereka.
Tarikh 5/6/15 adalah tarikh bersejarah bagi Sabah sebab pada pagi itu jam 7.00am (Lebih kurang) telah berlaku gempa bumi yang berpusat di Ranau Sabah, dengan kekuatan 5.9 skala, saya tidak dapat rasakan gegaran itu sebab saya dalam kereta menuju ketempat kerja di hospital Likas. Impak gegaran telah meruntuhkan sebahagian besar gunung Kinabalu, ada beberapa pendaki yang terbunuh akibat dihempap runtuhan batu dari gunung. Kesianya. Saya belajar banyak perkara dari gempa ini, salah satunya ialah kuasa Tuhan boleh mengubah segala sesuatu dalam sekelip mata, gunung Kinabalu yang menjadi syurga pendakian kepada jutaan orang kini menjadi tempat yang menakutkan pada masa itu. Ternyata tanpa kuasa Tuhan yang menjaga keindahan alam semulajadi sudah tentu tidak akan berkekalan untuk dinikmati. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga alam semulajadi dan nikmatinya secara bertanggungjawb. Amin.
6/6/15. Saya pasang kipas dinding di rumah bapa, duit dari Omong dan Onoi.
7/6/15. Saya melayani di gereja PCS Garau (Penampatan)..Apa lagi gempa bumi jugalah pembuka khotbah saya.
8/6/15. Saya repair aircond lagi...Rosak lagi motor kipas aircond..RM160 (lebih kurang) juglah harganya.
25/6/15. Pandangan dari tingkat 3 Autrium HWKKS.
25/5/16. Siap sudah bulletin untuk sambutan ulang tahun gereja PCS Nongkul kali ke 30 tahun. Harap-harap saya tidak menangis bila menyanyikan lagu tema gereja kami " Seia sekata dan seperasaan dalam Kristus" kuayer nanti masa sambutan ulang tahun itu nanti. Perasaan terharu saya bila menyanyikan lagu tema tersebut sebab saya dapat rasakan kasih Tuhan dalam jemaat Nongkul yang tidak pernah berkesudahan. Siapalah kami ini sehingga Roh Tuhan sudi bersama kami selama 30 tahun dalam susah dan senang. Terima kasih Roh Kudus sebab tetap setia dengan kami, menghiburkan kami, menguatkan kami, mengilhamkan kami, membawa kami dari tahun ketahun tanpa kekurangan apa-apa.
27/6/15. Mesyuarat agung parokhi Sikuati di jemaat Popot. Masa ini ada pemilihan. Sedih dan bercampur gembira sebab saya tidak terpilih lagi jadi AJKP. Saya masih bergelut dengan masa saya dan pelayanan. Akhirnya saya memilih untuk memberi waktu lebih lama bersama keluarga.
3/7/15. Imago KK, saya jalan-jalan di sini selepas berurusan dengan Foo Teo.
5/7/15. Salah satu rumah peninggalan para misionari di PPT. Kini menjadi asrama pelajar PPT. Terletak di puncak bukit. Sungguh menakjubkan pemandangan dari sini. Kenapalah PCS tidak buat sesuatu di sini, seperti pondok rehatkah, rumah penginapankah, atau tamankah. Untuk kegunaan bersama. Paling tidak tempat mengadakan persekutuan doa. Tapi tidak taulah kenapa tidak ada yang terfikir.
Sungguh cantik pemandangan dari kedudukan ini..Hijau saja sejauh mata memandang.
Ini sayur guru PPT. Tanah subur bekalan air cukup...Semua sudah tersedia.
10/7/15. Giant Kelombong. Saya hantar kereta Alza mamy pergi service di Perodua Service Inanam. Saya cari makanan di Giant Kelombong tidak jauh dari pusat service Perodua. Ada playground lagi dalam mall..
15/7/15. Aktiviti kreatif di Melur 2. Sekali sekala kami konduk aktiviti di sini.
15/7/15..Aiskrim untuk pesakit, tapi kebetulan adal lebih kami pun dapat juga...Hahaha..
17/7/15..Ochie ambil gambar dady..ini dapur rumah kami...
25/7/15. St John Perry, pensyarah STS, dia mengajar kami Kaunseling Keluarga Kristian.
25/7/15. Makan malam persekutuan Bapa Jemaat Tinangol. Serius saja mamy ini...hehe..senyum dulu konon...
27/7/15. Tanjung Lipat laluan setiap hari saya...Sempat saya ambil gambar sunset, gara-gara jam ini jalan. Untuk melepas kawasan ini hamper 30 minit diperlukan, padahal kalau tidak jam dalam 5 minit saja boleh lepas.
30/7/15. Farewell party Miss Fuzenema.
2/8/15. KBRT sid valai dioti adaki Alad. Sontoun antad dit KBRT nakatalib varo no valai vagu dioti..Obuli mai iti no ot retan dot varo komojuaan.
3/8/15. Nangko mai..antad sid Nongkul iti...amu agasaan dioti Kali mangakan mai..
4/8/15. Saya sedang mereka cipta corak baju dalam t-shirt gereja PCS Nongkul. Untuk sambutan ulang tahun ke 30.
4/815..Dady tukar tayar mangkali ini, atau alignment tayar..tidak ingat.
5/8/15..Siap sudah corak baju gereja PCS Nongkul..
Sedapnya...
7/8/15..Kalau buat masa ini?..haha..
8/8/15. Kami tidur di rumah Kaa..Mesti pasang kelambu ada nyamuk..
8/8/15. Kami mongivas harijadi diorang Elin..di Rumbizo..
9/8/15. Mangga wani si Kali..kenyang kami makan, sampai nabangan magakan...
16/8/15. Tingkang si Indiyo ba ini..Ochie ambil gambar dady..
25/8/15..Dady Nampak risalah dalam internert..
30/8/15..One hotel, kami tidur di hotel sebab rumah kami ada guest..
7/9/15..Saya cuti hari ini sebab repair kereta saya, meter minyak tidak naik..Hujan lebat oh Kudat. Lepas itu saya singga di Pusat, inilah hamba-hamba Tuhan yang saya terjumpa di sini. Tuan President sedang melayan mereka.
10/9/15. Aktiviti di RT4A, terapis kami koduk ativiti.
24/9/15. Baju Sofar..Mamy beli di Pusat. Kam ada semua. Happy si Ochie pakai baju ini.
4/10/15. Penapis air dari kerajaan, ini di kg Tinagol di Blok 3. Boleh terus minum air dari penapis ini. Tidak perlu bayar percuma.
4/10/15. Tiang pondok stor dady dalam pembinaan.
11/10/15. Tingkang diorang Monsigot.
13/10/15. Printer saya buat hal lagi. Saya repair dulu, si Kali mau pakai..
16/10/15. STS, terletak di puncak bukit. Dibawa sebelah barat adalah bandaraya Kota Kinabalu, sebelah barat adalah kawasan perumahan dan kedai-kedai, komplek sukan Likas. Saya selalu datang di sini atas urusan kelas kami di Kudat. Saya hantar duit yuran dan hantar kerja rumah pelajar.
24/10/15. Saat yang ditunggu-tunggu ambil kunci rumah kami di Ujana Prima Ranau. Nasip baik kami sempat sampai di sini sebelum mereka tutup jam 12 pm. Pejabat merek ini terletak di CP tingkat 8. Untuk ambil kunci perlu bayar RM1750 untuk bayar ini itu, biaslah memang banyak perlu dibayar. Itu sebab ramai pembeli rumah di Ujana Prima Ranau belum ambil kunci sebab tidak ada duit mahu
bayar. Lepas ambil kunci kami pun terus pergi Ranau tengo rumah haha.. Gembiranya kami, sudah tentu terlebih gembira si Mamy, sebab inilah rumah pertama dia. Dady tidaklah happy sangat, sebab sudah pernah rasa first house di Cyber City 2. Masa ambil kunci di Cyber City 2 pun dady macam tupai happy.
25/10/15. Mirimpanau sid KK, tu varot guest sumuvang sid homestay..nga miavi bo miyak kurita om balanja makan..
27/10/15..Awalnya mereka buat deko Krismas baru bulan 10.
30/10/15..Valai rogon kabo...haha..
31/10/15. KBRT sid valai dahai sid Tinangol...
2/11/15..Valai rogon..
14/11/15. Melur 2..
6/11/15..koleksi gambar saya ambil dari internet.
7/11/15..Sefli kabo..
9/11/15. Ochie punya idea ini bakar ikan...haha..sedap juga..Tepi pondok stor kami yg sedang dibuat. Seronok juga..
10/11/15. Makan Mic D..lepas urusan guest selesai kami makan dulu....
13/11/15. Lepas dari penyampaian sijil tadika Tungusan di Sk Tun, kami makan dulu. Seronok masa ini..
14/11/15. Makan dululah sebelum pergi mogivas si Didin mogontong sid Lok Kawi sid hidupan liar.
15/11/15. Susuvab antad sid minogivas sid di Didin. Minodop okoi sid hotel tu nolingan it kunci valai sid KK. Minirimpanau okoi sid Imago.
16/11/15..
No comments:
Post a Comment