Monday, July 18, 2016

1/4/15..Kunci dan pemegang pintu bilik di bapa..baru saya pasang..
14/4/15...repair aicond kereta saga tua saya..di Kudat.Hon Lee
24/4/15. Nama barang ini Longuvai, barang yang ada nilai berian kepada keluarga perempuan dalam adat perkawinan bangsa Rungus. Longuvai ini adalah berian yang saya berikan kepada keluarga isteri saya, kemudian mentua saya berikan kepada isteri saya pula. Kini menjadi milik kami pula..Uniknya perkawinan bangsa Rungus.
26/4/15. Pagar gereka PCS Tinangol sedang dalam pembinaan.
26/4/15. Praces di dalam gereja PCS Tinangol.
2/5/15. Barang guest saya di homestay Masawi.
12/5/2015..Masa ini saya di apartment saja selama 2 hari, tidak kemana-mana sebab tiada kereta. Kereta saya sedang dibaiki di bangkel si David di Telipok. Gear ada masalah tida boleh masuk gear, jadi terpaksa turunkan gearbox, buka habis dan tukar part yang rosak. Dalam RM350 jugalah..Ingatkan dalam RM600. Syukur juga saya ada simpan sikit hasil pendapatan homestay saya yang baru saya buat dua bulan lepas. Banyak cabaran lepas saya buka homestay, sini sana rosak. Kesian..Tapi tidak apalah memang asam garam sesuatu perkara kalau baru mahu mula.





13/5/15.Lampu LED berwarna-warni saya beli di Center Point..Lepas kereta saya siap, saya pun jalan-jalanlah kasih hilang itu tekanan...Haha...



15/5/15...Saya tidak pasti mana tempat ini 1B atau CP...

16/5/15. Jalan menujuk kg. Nongkul sedang dibaiki, terima kasih kepada kerajaan sebab jalan ini memang selalu dibaiki dalam setahun mesti ada sekali dibaiki.


16/5/15..Bengkel kraftangan kg. Bonduk, masa ini saya sangat mahukan rumah panjang tradisi dibuat di kg. Nongkul. Harap-harap tahun 2016 kami boleh mulakan projek membina rumah panjang tradisi kami. Sekarang ini saya perlu memujuk anggota jemaat agar bersetuju dan mahu membuat rumah panjang tradisi tersebut. Dalam fikiran saya masa khotbah 31/12/15 saya akan ambil peluang itu untuk memujuk mereka sebaik dan sedaya yang boleh. Tunggulah nanti, kalau Tuhan Yesus izinkan pasti rumah panjang itu akan terbina juga.

16/5/15. Petang pula saya dan family pergi Kota Marudu membeli barang kedai runcit kami. Ini si Mamy, di Ochie dan si Allow di depan kauter.

16/5/15. Lepas membeli barang kedai runcit, kami makan KFC..




17/5/15. Seperti biasa hari minggu kami beribadah di gereja PCS Tinangol.

17/5/15. Gereja sekolah Minggu. Sudah siap dibina, sumbangan kerajaan.

24/5/15. Meja si Apah..dia buat sendiri, kaki meja itu brustel kuburan datuk kami Talo Gorimbang. Saya pun ada ambil juga brustel ini, tapi belum lagi saya buat apa-apa. Brustel ini telah diganti selepas baik pulih kuburan datuk kami itu.

27/5/15..Asam si Bailan..


27/5/15..Ketam si Ayu, saya beli dan kami masak di office kemudian kami makan di office..sedapnya...

27/5/15..Nasi Shizling Retaurent Khalizah UA1,..

5/6/15...Saya ambil gambar tanah milik gereja Yesus Benar di Spanggar laluan utama tanah tepi jalan besar. Kayanya gereja inikan. Nilai tanah dikawasan ini mungkin sampai 1 juta satu ekar. Cuma tidak pasti sama ada tanah ini sudah dibeli lama sebelum ini atau baru dibeli. Apapun sangat bijak kepimpinan gereja Yesus Benar, sebab dapat melihat potensi tanah untuk dibeli. Sudah tentu Roh Kudus yang bekerja dikalangan pemimpin gereja mereka.
Tarikh 5/6/15 adalah tarikh bersejarah bagi Sabah sebab pada pagi itu jam 7.00am (Lebih kurang) telah berlaku gempa bumi yang berpusat di Ranau Sabah, dengan kekuatan 5.9 skala, saya tidak dapat rasakan gegaran itu sebab saya dalam kereta menuju ketempat kerja di hospital Likas. Impak gegaran telah meruntuhkan sebahagian besar gunung Kinabalu, ada beberapa pendaki yang terbunuh akibat dihempap runtuhan batu dari gunung. Kesianya. Saya belajar banyak perkara dari gempa ini, salah satunya ialah kuasa Tuhan boleh mengubah segala sesuatu dalam sekelip mata, gunung Kinabalu yang menjadi syurga pendakian kepada jutaan orang kini menjadi tempat yang menakutkan pada masa itu. Ternyata tanpa kuasa Tuhan yang menjaga keindahan alam semulajadi sudah tentu tidak akan berkekalan untuk dinikmati. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga alam semulajadi dan nikmatinya secara bertanggungjawb. Amin.


6/6/15. Saya pasang kipas dinding di rumah bapa, duit dari Omong dan Onoi.


7/6/15. Saya melayani di gereja PCS Garau (Penampatan)..Apa lagi gempa bumi jugalah pembuka khotbah saya.

8/6/15. Saya repair aircond lagi...Rosak lagi motor kipas aircond..RM160 (lebih kurang)  juglah harganya.

25/6/15. Pandangan dari tingkat 3 Autrium HWKKS.


25/5/16. Siap sudah bulletin untuk sambutan ulang tahun gereja PCS Nongkul kali ke 30 tahun. Harap-harap saya tidak menangis bila menyanyikan lagu tema gereja kami " Seia sekata dan seperasaan dalam Kristus" kuayer nanti masa sambutan ulang tahun itu nanti. Perasaan terharu saya bila menyanyikan lagu tema tersebut sebab saya dapat rasakan kasih Tuhan dalam jemaat Nongkul yang tidak pernah berkesudahan. Siapalah kami ini sehingga Roh Tuhan sudi bersama kami selama 30 tahun dalam susah dan senang. Terima kasih Roh Kudus sebab tetap setia dengan kami, menghiburkan kami, menguatkan kami, mengilhamkan kami, membawa kami dari tahun ketahun tanpa kekurangan apa-apa.





27/6/15. Mesyuarat agung parokhi Sikuati di jemaat Popot. Masa ini ada pemilihan. Sedih dan bercampur gembira sebab saya tidak terpilih lagi jadi AJKP. Saya masih bergelut dengan masa saya dan pelayanan. Akhirnya saya memilih untuk memberi waktu lebih lama bersama keluarga.














































































































































































































































































No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.