Tuesday, July 5, 2016

25/1/2016 - 5/2/16 adalah tempoh masa yang saya ambil untuk menjayakan projek membuat meja dan tempat duduk taman, tepi rumah kami. Gambar di atas adalah keadaan lokasi projek sebelum dilaksanakan. Sudut tepi parking kereta kami yang tidak menarik, semak dan tidak kemas.

Material yang saya gunakan untuk membuat meja, adalah tayar terpakai kereta saya. Dua biji pun memadailah mungkin. Sebenarnya saya tidak pasti projek ini berjaya atau tidak, sebab saya tidak temui contoh dalam internet. Saya risau kalau semen tidak melekat pada tayar tersebut.

Pandangan dari atas.

Pandangan sisi dan atas yang lebih dekat.

Pandangan lokasi projek selepas kawasan di bersihkan.

Projek menyemen tayar dan tapak sekeliling.

Melekat juga..haha..

Sebelum keras saya lekatkan serpihan kaca hitam, sebenarnya cermin pecah dari jendela dapur kami, kaca tersebut sudah lama saya simpan dalam baldi bertutup di sulap kami, tidak terbuang-buang. Kali ini saya gunakan pula sebagai alas meja tayar, harap-harap tidak mencederakan saya.

Saya mula mengosok meja, agar kelihatan seperti kulit kayu. Saya gunakan berus besi untuk mengosok.

Pandangan dari jauh..mula sudah kelihatan ada sesuatu di sudut terbiar.

Siap sudah meja tayar saya..Sekarang buat tempat duduk pula..Saya gunakan kotak, kotak ini saya ambil dari HDU di HWKKS.


Saya isi dengan batu dan tanah, supaya kota ini ada isi, supaya tidak perlu banyak bancuhan simen yang saya perlukan.

Dalam kotak itu sebenarnya saya isi juga barang-barang terbuang yang meyemak tepi rumah kami..Botol plastik, kasut rosak, dan lain-lain lagi. Cara melupus sampah yang terbaik dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Kemudian penuhkan dengan tanah, tidak nampak lagi itu sampah. Dawai mata punai itu fungsinya adalah untuk pelekatan simen, agar simen tidak jatuh.

Menyemin kotak, saya seronok menyemen..

Hampir habis disimen.

Saya alas tiles tempat duduk, supaya selesa sikit. Tiles ini sebenarnya lebihan dari rumah si Dodoon di Kepayan, semasa dia buat renovation dapur mereka.

Inilah hasil kerja saya untuk hari ini...

Meja tayar sudah keras...

Mesti mahu duduk dulukan di sini, uji dulu nanti malu kalau orang lain duduk tiba-tiba runtuh..Ha..Ha...

Tengok bergaya jugakan, macam bongka kayu.

Projek bersambung lagi minggu 30/1/16, seminggu kemudian. Saya buat lagi dua buah tempat duduk, untuk mengapit meja tayar saya ini. Supaya nampak lagi menawan.

Saya bawa balik itu percah splint dari tempat kerja saya untuk dijadikan bahan membuat tempat duduk.

Proses berulang lagi.


Semakin cepat saya buat, sebab sudah belajar minggu lepas.


Saya ada bekal lagi, walaupun tepi ruma saya, malas mau masuk rumah.


Siap sudah...

Petangnya boleh pakai sudah.

Cantik...


Bandingkan sebelum dan selepas projek meja taman saya, sudut yang semak, tidak kemas dan tidak menarik kini telah menjadi titik tumpuan sekarang. Hanya dengan sedikit sentuhan kreatif dan belanja kurang dari RM50 sudah tampak berbeza.

5/2/16, Semingg kemudian timbul pula idea mau kasi simen pula tapak meja dan tempat duduk taman ini. Inilah hasilnya. Ochie sangat seronok melukis di sini, cuma  pada waktu pagi dan petang sahaja kami boleh lepak di sini, sebab panas kalau waktu matahari masih tinggi. Saya sedang berfikir macam mana kalau saya pasang atap..nantilah saya buat.  Sebab ada mega projek lagi yang akan saya buat tahun ini. Buat parking kereta.










































































Sarab si anjing  jiran pun terlibat menjayakan projek ini selain si Ochie, Mamy pula dia kerja hujung minggu dari jam 8am sehingga 2pm. Si Allou pula dalam rumah saja beraircond dalam bilik.


No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.