Tuesday, July 5, 2016

15/8/15..Sampai sudah masa saya tebang pokok sawit tepi rumah kami, tahun 2002 saya berkawin dengan isteri saya kelapa sawit ini sudah ditanam. Selepas 13 tahun ditebang pula jadinya. Suatu masa dulu (2012) bapa mertua saya ada menternak babi dibawah kelapa sawit ini, babi dia selalu terlepas dari kandangnya, apa lagi bermaharjalelalah babi-babi itu. Saya stress juga bila babi-babi itu merosakan tanaman kami, itu tidak apa lagi, ini sampai pergi ladang orang lain sakit kepala. Sampai ada seekor babi mertua saya mati.
Sekali lagi uncle Jo yang saya panggil untuk tebang kelapa sawit kami, RM300 dia minta, susah juga pula menebang kelapa sawit. Saya mahu tanam pisang nanti, ganti kelapa sawit.Tapi sampai hari ini 5/7/16 belum lagi saya tanam. Harap tahun ini saya dapat kasi bersih dan tanam pisang. Bagus lagi saya panggil orang tanam pisang. Habis cerita. Jauh di lubuk hati sebenarnya saya mahu buat beberapa buah chalet di kawasan ini sebenarnya, untuk dikasi sewa kepada orang. Gila mangkali hajat inikan...Ha..Ha...Go Manuel Go...!!


No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.