Monday, July 4, 2016

April, Mei dan Ogos 2015...Koleksi gambar pondok kami di Torongkongan saya beli dari amai Majanggal RM2K 8/11/ tahun 2014, keluasan lebih kurang 70kaki persegi sahaja. Kecilkan..Syukurlah ada juga tempat saya buat pondok rehat..dan sudah tentu sudah ramai yang singah makan dan berehat di sini, walaupun mereka tidak membayar sewa, kira saya belanjalah ba saja itukan.














Ini yang saya tidak lena tidur ini, tebing tanah tepi pondok kami semakin hari dihakis, lama-lama sampai di pondok kalau macam ini, saya salah pilih tempat, si amai Majanggal tanya saya sebelah mana kau mahu, saya cakap sebelah bawa mula-mula selepas saya balik rumah saya fikir macam bagus di sebelah atas. Kemudian saya pun cakap dengan amai Majanggal saya mahu di atas..Saya tidak fikir pasal hakisan..kesian.Biarlah apa boleh buat.




Keluarga Elin piknik hari ini..


Projek buat dapur Tadius tergandala, tidak tahu kenapa mereka tidak maklum pun dengan saya kenapa mereka tidak teruskan, saya pun segan juga mahu tanya. Sehingga hari ini (4/7/16) mereka tidak teruskan projek.









Cantikkan...kalau bersih..

 Keadaan pondok rehat selepas hari keluarga Gorimbang...


Saya sempat singga sini selepas habis kelas alkitab kami.


No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.