Friday, July 1, 2016


Cantiknya...pemandangan dari puncak bukit Mondohon Nongkul..Kelihatan nun jauh di sana Teluk Kudat..Waktu malam nampak dari sini cahya lampu pekan Kudat.
Di sebelah barat bukit Mondohon Nongkul ialah tasik empangan air Milau..Sebelum empangan Milau dibina kawasan ini adalah perkampungan. Tahun 2010 tempat ini berubah menjadi tasik buatan..Cantik jugakan..



Ini pula Linazang, salah satu aktiviti orang kampung bila ada masa lapang bermain linazang..

Laluan mendaki bukit Mondohon..tidak berapa curam kalau melalui jalan ini..

Sejauh mata memandang..mungkin beginilah jarak penglihatan Musa semasa dia dibawa oleh Tuhan melayangkan pandang ke tanah Perjanjian 4 ribu tahun yang lalu..
Panji...Saya sendiri tidak tahu nama sebenar benda ini, sudah lama terpacak disini, seingat saya memang sudah ada. Tidak tahu apa kegunaan sebenar, bagi kami ia menjadi tanah lokasi kawasan, selalu orang akan merujuk jarak dari panji, apabila ingin menceritakan kedudukan sesuatu lokasi yang sedang diperkatakan..Contoh " Ladang kami tidak jauh dari panji lebih kurang 4 minit dari panji" Lebih kurang begitulah orang menggunakan panji sebagai penunjuk lokasi.

Laluan berhampiran panji..


Uncle Jo sedang beraksi..


Ini kawan uncle Jo, nama dia Jastin...

Pemandangan pondok rehat saya dari kedudukan tempat uncle Jo membuat beruti..

Pokok yang menjadi bahan kegunaan pondok saya nanti..

Inilah beberapa pokok kelapa yang ditanam oleh uncle Onuring sebelum tanah ini dijual kepada saya tahun 2004..Kesian pokok kelapa saya ini tidak ada buah, kena makan monyet mangkali..

Uncle Jo sedang merebus sayur untuk lauk makan tengah hari..

Nasi untuk saya letak saja  atas daun rungin sebab tiada piring,  saya tidak bawa bekal, saya ingat sekejap saja di sini, tau-tau sampai kepetang juga.

Selera juga o..

Hutan tebal lagi kebun tanah saya ini...saya suka sebenarnya membiarkan hutan ini menjadi kekal. Siapa tahu suatu hari nanti akan menjadi tarikan pelawat ke kampung kami. Bila berada di sini kalau bernasip baik kita terserempak dengan pelanduk, monyet, kijang, dan burung yang pelik-pelik..

Ini uncle Jo..Sedang membuat beruti untuk kegunaan membuat pondok rehat saya ini...Saya suka ini uncle Jo sebab dia selalu ada bila saya perlukan khidmatnya membuat beruti dan papan..Boleh dikatakan semua projek membina rumah dan pondok rehat saya panggil dia.


Pondok dalam pembinaan..



Konsep santai konon ini pondok..apa pendapat kamu..ha..ha..macam mau duduk saya di sinikan..Sambil layan FB, Mudah.My, Lazada, WA, atau on line Kupi-Kupi FM..Sebab kawasan ini memang 4G coverage internet. Jangan lupa tengok dan perhati barazit saya, beg sikut / galas tradisi Rungus...

Sehingga hari ini 4/7/2016 pondok rehat saya belum lagi siap-siap, setakat begini saja, kira mahu sambung lagi tapi tidak jadi-jadi.

Hari ini 24/5/15, saya rindu ini pondok saya o..kesian lama sudah saya tidak melawat dia...he..he..Pondok ini saya sendiri yang buat, bahan binaannya semua diambil di sekeliling pondok ini saja, saya minta uncle Jo senso. Tanah kami ini saya beli dari uncle Onuring pada tahun 2004, tiada gran lagi, LA pun belum ada, keluasan lebih kurang 4 ekar, tanah bukit agak curam juga, di bawah tanah kami ini ialah kolam tadahan hujan empangan Milau. Suasan di sini masih hutan belukar, hanya beberapa pokok kelapa dan pokok buah-buahan yang ada. Sebenarnya saya merancang buat resort di sini, tapi tidak taulah jadikah tidak ini...harap-harap sempat saya buat sebelum saya tua..Bukan senang pergi sini, perlu jalan kaki mendaki bukit Mondohon. Lebih kurang 40 minti atau 1 jam dari rumah kami di Nongkul.





No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.