Boleh tahan tandan sawit kamikan...
Pemandangan dari atas bukit kebun kami..cantikkan, dalam fikiran saya tiada lain hanya mau buat resort saja..Tuhan Yesus tolong saya realisasikan impian ini, saya sangat yakin Tuhan Yesus mahu menolong saja, saya sedang menunggu ini dengan sabar...
Nampak rumah kebun kami dari jauh..
Inilah rumah kebun kami..cantik juga bahkan..sebahagian dibina oleh mendiang mentua saya.
Batu besar di kebun kami, orang Rungus percaya batu besar ada roh yang menghuni..Hehe..takut...haha..
Pokok buah cempadak kami, saya yang tanam. Ada buah masa ini..
Ada tandas lagi saya buat, gara-gara tahun 2014 konon itu Camp Tinangol mahu menyewa rumah kami sebab pengindapan di Camp Tinangol tidak dapat menapung pelajar mereka. Tapi tidak jadi juga mereka menyewa, penat saja fikir buat ini tandas, berat dan jauh kami anggut batu, pasi dan simen. Nasip baik masa itu si Oboi, si Omong dan si Apah tolong saya.
Ini jalan menuju kebun kami, pertama kali dibuat oleh cina yang ambil kayu akasia di tanah kami, kemudian saya baiki jalan ini dengan duit sendiri, 3K juga dia minta. tahun lepas mangkali saya buat jalan ini.
11/7/15..Inilah keadaan kebun kami masa ini, ada beberapa pokok sawit si Idod kasi bersih. Sejuk mata memandang..
11/7/15. Bahagian lain kebun kami sudah semak..
11/7/15. Jalan menuju kebun kami pun sudah mula semak.
11/7/15. Buah cempadak...berkat menanam tahun 2009...
11/7/15..Bila saya ada maas melawat kebun kami sudah pasti saya menikmat pendangan dari arah sini. Selalu saya berhenti seketika dan berdoa. Sangat mendamaikan, angin sepoi bahasa. Sautu hari nanti saya akan buat tempat ini tempat doa saya..Haleluya.
11/7/15. Alamak apa sudah jadi..kena tiup angin mangkali..akar tidak kuat ini..
11/7/15. Ini pokok limau, ada buah juga..
11/7/15. Pokok cempadak..subur juga o..
11/7/15. Rumah kebun kami...mengamit kenangan ini rumah, suatu masa dulu tahun 2008-2010 inilah tempat kami sekeluarga berehat sangat seronok masa itu. Ini jugalah rumah pertama kami. Kemudian baru menyusul rumah Poti, rumah KK, rumah Ranau, rumah/ pondok Torongkongan dan ?..
11/7/15...Tandas tidak berpintu, orang kasi rosak..cis...
11/7/15..Buah nangka habis jatuh saya tidak ambil...
21/11/15. Projek membina jalan kebun dari kerajaan, syukur sampai juga di kebun kami, cuma melalui jalan baru bukan melalui jalan yang sedia ada menuju ke kebun kami. Bagus juga projek jalan ini, sebab diturap dengan batu lagi. Terima kasih Tuhan atas berkat ini.
23/1/16. Keadaan jalan yang baru dibina bulan 11 tahun 2015. Mula semak.
23/1/16. Keadaan kebun kami yang baru siap disembur racun rumpai. harap-harap rumpai mati semua. Saya panggil Rafi sembur racun dengan upah RM150 satu ekar. Saya bujet untuk buat semuran racun sekali setahun sahaja.
19/6/16. Keadaan kebun kami setelah enam bulan disembur racun rumpai, masih tidak semak lagi, mungkin bulan Januari tahun 2017 saya akan menyembur racun lagi.
No comments:
Post a Comment