Monday, April 8, 2019

Bilangan 28:3-4 (TB)  Katakanlah kepada mereka: Inilah korban api-apian yang harus kamu persembahkan kepada TUHAN: dua ekor domba berumur setahun yang tidak bercela setiap hari sebagai korban bakaran yang tetap;
domba yang satu haruslah kauolah pada waktu pagi, domba yang lain haruslah kauolah pada waktu senja.

https://alkitab.app/v/c24d0e5cf4f4

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Kiranya kesetiaan kita kepada Tuhan tidak berkurangan, tetaplah berdoa dan membaca dan menelaa firman Tuhan, supaya firman itu hidup dlm diri kita. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi lagi ttg korban bakaran yg diperintahkan oleh Yahweh kepada Musa untuk dilakukan oleh para imam setiap hari, iaitu satu ekar domba di persembahkan pada waktu pagi dan seekor lagi pada waktu petang, setiap hari. Wow,..sibuknya...😀 kita seminggu sekali pun payah datang ke gereja apalagi setiap hari.😀. Agak agak ada tak gereja setempat yg ada kebaktian pagi dan petang?..Kena umban batu mangkali kalau ada Pst yg buat kebaktian pagi dan petang setiap hari, tapi ada asas Alkitab untuk dilakukan dan persoalanya lagi adakah yg setia hadir kebaktian itu nanti?.
Semasa pelayan Tuhan Yesus, dikatakan setiap hari Dia duduk di bait suci di Yerusalem untuk mengajar, setiap hari bro, bukan seminggu sekali, bukan sebulan sekali, Tapi setiap hari.. Hari ini kesetia kita masih dituntut sebenarnya, paling tidak setialah berdoa dan belajar firman Tuhan setiap hari. Sebab kalau kita tidak lakukan itu, apalah beza orang bukan Kristian dengan kita?.😁.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 9.3.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.