Sunday, April 21, 2019

Ulangan 4:30-31 (TB)  Apabila engkau dalam keadaan terdesak dan segala hal ini menimpa engkau di kemudian hari, maka engkau akan kembali kepada TUHAN, Allahmu, dan mendengarkan suara-Nya.
Sebab TUHAN, Allahmu, adalah Allah Penyayang, Ia tidak akan meninggalkan atau memusnahkan engkau dan Ia tidak akan melupakan perjanjian yang diikrarkan-Nya dengan sumpah kepada nenek moyangmu.

https://alkitab.app/v/7d0037ef3ce8

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat menyambut hari kebangkitan. Kemanusiaan Yesus lengkap dan sempurna setelah mati dan dikuburkan. Ketika Tuhan Yesus bangkit dari kematian itu yg membezakan Dia daripada manusia lain. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin berkongsi nama Allah iaitu Allah Penyayang. Bukan bermaksud ada Allah lain. Tapi sifat Allah yg melekat padaNya. Sifat yg tidak akan terpisah daripadaNya. Iaitu penyayang Haleluya. Sifat penyayang terpansar dlm peribadi Tuhan Yesus ketika Dia bersama manusia sebagai manusia. Terbukti ketika Tuhan Yesus diseksa, masih mendoakan mereka yg menyeksa Dia. Kita pun telah mencontohi sikap penyanyang itu. Betulkan 😀. Paling tidak kita menyayangi anak dan isteri dan suami. Puji Tuhan.
Salam hari kebangkitan dan salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 21.4.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.