Thursday, April 11, 2019

Bilangan 31:7-8 (TB)  Kemudian berperanglah mereka melawan Midian, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, lalu membunuh semua laki-laki mereka.
Selain dari orang-orang yang mati terbunuh itu, mereka pun membunuh juga raja-raja Midian, yakni Ewi, Rekem, Zur, Hur dan Reba, kelima raja Midian, juga Bileam bin Beor dibunuh mereka dengan pedang.

https://alkitab.app/v/811a47a3955c

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Syukur sebab kelmarin hujan telah turun, udara di bandaraya KK kembali cerah, hilang sudah itu jerebu. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang peperangan orang Isreal dengan orang Median. Ingat lagi apa kena mengena Musa dengan orang Median?. Isteri Musa adalah orang Median. Agaknya termasuk keluarga mertua Musa turut terbunuh semasa peperangan itu? Saya fikir tidak semua orang Median habis dibunuh, sebab dlm cerita lain dlm Alkitab selepas ini masih ada orang Median disebut. Saya hanya fikir ttg nasip keluarga mertua Musa.😭. Walauapa pun inilah cara Yahweh menghukum kejahatan bangsa bangsa pada zaman itu, kelihatan sangat kejam, tapi setimpal dengan kejahatan yg dibuat oleh bangsa itu sendiri. Semasa zaman Tuhan Yesus, ada juga kisah terjadi kematian disebabkan malapetaka menimpah orang tertentu. Murid murid Tuhan Yesus bertanya kepada Tuhan, adakah mereka yg ditempah malapetaka itu akibat dosa mereka. Tuhan Yesus jawab, kalau kamu tidak bertaubat kamu pun akan seperti mereka juga. Dunia hari ini pun selalu kita dengar malapetaka terjadi, mungkinkah itu hukuman dari Tuhan?..Sama samalah kita bertaubat jangan sampai bangsa kita dihukum Tuhan. Mari kita belajar mengawal diri, supaya iblis tidak ada kesempatan  menguasai fikiran dan nafsu kita. Terutama musim perayaan Kaamatan. 😂, kalau sudah kawin dan beranak pinak itu, kasih ngam itu perangai..😂. Kita kita juga bah ini.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 12.4.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.