Sunday, April 14, 2019

Bilangan 32:1, 5 (TB)  Adapun bani Ruben dan bani Gad ternaknya banyak, bahkan sangat banyak sekali.?  Ketika mereka melihat tanah Yaezer dan tanah Gilead, tampaklah tempat itu tempat yang baik untuk peternakan.
Lagi kata mereka: "Jika kami mendapat kasihmu, biarlah negeri ini diberikan kepada hamba-hambamu ini sebagai milik; janganlah kami harus pindah ke seberang sungai Yordan."

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Apa agaknya aktiviti tuan puan hari ini?. Mari kita manafaat hujung minggu untuk melakukan aktiviti yg menyenangkan hati kita dan menyenangkan hati Tuhan. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah, suku Ruben dan Suku Gad, meminta tanah di tepi sungai Yordan menjadi milik mereka, dengan alasan mereka perlu kawasan itu sebab mereka mempunyai ternak yg banyak. Walaupun begitu mereka berjanji akan berperang bersama 10 suku lagi untuk merebut tanah perjanjian di seberang sungai Yordan. Permintaan itu walaupun ada alasan yg kukuh tapi masih juga bertentangan dengan kehendak Tuhan. Bukanlah semua suku Isreal telah diperintakan oleh Yahweh untuk menyeberang sungai Yordan dan menduduki tanah perjanjian. Tanah di tepi sungai Yordan tidak termasuk dlm tanah yg telah dijanjikan oleh Tuhan. Berani juga mereka berunding dengan Tuhan.😀
Semasa Tuhan Yesus mengatakan Dia akan ke Yerusalem semasa perayaan Paskah dan menderita dan mati di sana. Petrus dengan berani dan yakin, mengatakan kepada Tuhan Yesus bahawa semua itu tidak akan berlaku. Pandai dan berani berunding juga Petrus. Kita hari ini pun masih suka berunding dengan gereja. Sudah tau kita salah, sudah tau itu melangar peraturan gereja, masih juga berunding membenarkan kemahuan kita. Ada pengalaman berhadapan situasi begitu?. Binggungkan kita dibuatnya. Musa pun binggung dengan permintaan suku Ruben dan Suku Gad. Kalau tidak dipenuhi permintaan takut berlaku perang saudara. Dlm gereja pun begitu, bila permintaan anggota jemaat ditolak, nanti mereka pindah gereja, tidak kegereja dan sebagainya. Bukan mudah mencari jalan penyelesaian. Apa pun situasi yg kita hadapi  kebenaran firman Tuhan mesti ditegakkan, walaupun pahit untuk diterima. Mungkin itulah maksud sayur pahit dan roti tidak beragi dlm menu hari paskah. Maksudnya mengikut Tuhan Yesus, memang pahit dan tidak mudah. Seperti makan sayur pahit dan roti tidak beragi yg keras dan tidak ada rasa. Salam paskah dan salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 13.4.19.


https://alkitab.app/v/337517dd5794

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.