Ulangan 6:6-7 (TB) Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan,
haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.
https://alkitab.app/v/bc7ff1bf5b3c
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Mari kita sama sama menajamkan rohani kita setiap hari, supaya kita ingat akan kebenaran firman Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Musa mengingatkan bangsa Isreal agar mereka mengajar dengan membicarakan hukum Tuhan (Taurat) berulangkali di mana pun mereka berada dan dlm keadaan apa pun. Ketika duduk atau baring 😀. Itu sebab anak anak mereka mampu menghafal ayat kitab Taurat sebab berulangkali diajar kepada mereka. Itulah hebatnya mereka, tanpa buku pun mereka boleh menceritakan hukum Taurat mereka. Tuhan Yesus sendiri memetik beberapa ayat dlm kitab Taurat ketika Dia mengajar / berkhotbah pada masa pelayanNya. Kenapa Yesus ingat, sebab berulangkali Dia dengar orang membaca dan memperkatakannya. Hari ini gereja kita macam mana adakah kita rajin memperkatakan firman Tuhan berulangkali kali?. Jawapanya ya, kita pun berulangkali memperkatakan firman Tuhan, dlm media sosial memang ada saja firman Tuhan dikongsikan. Walapun adalah yg resah gelisah apabila ayat ayat firman Tuhan dikongsikan. Walhal Alkitab sendiri yg mengajarkan agar kita membicarakan berulangkali di mana sahaja dan bila saja. Hebat.. Anda mahu anak anak kita kuat secara rohani?. Ajarlah mereka firman Tuhan.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 23.4.19.
No comments:
Post a Comment