Friday, April 19, 2019

Matius 27:59-60 (TB)  Dan Yusuf pun mengambil mayat itu, mengapaninya dengan kain lenan yang putih bersih,
lalu membaringkannya di dalam kuburnya yang baru, yang digalinya di dalam bukit batu, dan sesudah menggulingkan sebuah batu besar ke pintu kubur itu, pergilah ia.

https://alkitab.app/v/48dff3f92989

Shallom semua.. Salam paskah kepada semua yg meraihkan. Mengikut kronolong yg digambar dlm keempat empat Injil pada petang  hari kematian Tuhan Yesus, petang itu juga Yesus dikuburkan. Tidak sempat mayat Tuhan Yesus tergantung semalaman. Kuburan orang Yahudi tidak seperti kuburan yg kita buat. Kubur mereka seperti gua, mayat seseorang diletakkan pada bahagian yg telah dibuat. Tanpa ditembus tanah. Supaya ahli keluarga mereka boleh datang dan mengawet mayat tersebut. Selepas diawet dibiarkan sehingga mayat itu reput. Kemudian tulang tulangnya diambil dan diletakkan dlm peti. Seperti tulang Yusuf ratusan tahun disimpan oleh orang Isreal, kemudian mereka bawa bersama mereka ketika keluar dari Mesir. Itulah nanti dlm fikiran perempuan puan yg memerhati tempat dimana mayat Tuhan Yesus diletakkan. Secara biologi Tuhan Yesus mati sepenuh bukan pensan, atau koma. Punca kematian kehabisan darah. Setuju?..😁. Ada yg cakap tiada pun tertulis dlm Alkitab..😀. Kematian dan penguburan Tuhan Yesus lengkaplah sifat kemanusian Tuhan. Yesus memang manusia bukan separuh manusia, bukan juga sekejap Allah, sekejap manusia. Bukan juga Tuhan Yesus membunuh diri dengan menyerahkan nyawaNya. Yesus pada masa itu manusia sama seperti kita, merasa kesakitan dan ketakutan saat maut menghampirNya. Itu sebab Dia menjerit memanggil Allah. Sebenarnya kematian Yesus tidaklah berbeza dengan kematian orang lain yg disalipkan. Kalau bukan gempa bumi, kubur orang suci terbelah dan kain pemisah ruang maha kudus terbelah dari atas sampai kebawah. Tiada yg menghairan orang yg melihat kejadian itu. Itu hanyalah memperlihatkan kemanusian Yesus yg sempurna menjadi manusia. Lahir, dewasa dan meninggal. Mahu jadi manusia pun mesti jadi manusia yg sepenuhnya manusia.😁. Sehingga petang selepas Yesus dikuburkan tiada yg istemewa terhadap Yesus. Mungkin saat itu Iblis sudah bertepuk tangan, iblis ingat dia sudah menang. Maut adalah kekuasannya. Mungkin juga warga Surga juga sunyi sepi. Mereka pun ingat Allah telah kalah dengan maut. Apa lagi pengikut Yesus pada masa itu. Intah kemana sudah mereka. Sudah lari balik Galilea mangkali. Tinggal lagi treo Maria yg setia ikut perkembangan, itu pun untuk tujuan ingin mengawet mayat Tuhan Yesus. Mereka semua tidak percaya perkatan Tuhan Yesus yg Dia akan bangkit pada hari ketiga selepas kematianya. Para Sanhedrin saja yg ingat perkataan Tuhan Yesus, itu pun bukan percaya, tapi takut mayat Tuhan Yesus dicuri. Kita pun ada kalahnya dan mungkin berkali kali menemui jalan butuh, seperti mayat yg tidak berdaya, seperti mayat Tuhan Yesus. Itulah masanya anda menanti perkerjaan Allah yg tidak terjangkau oleh akal kita. Puji Tuhan.
Salam paskah dan salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat 19.4.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.