Sunday, April 14, 2019

Bilangan 34:13 (TB)  Musa memerintahkan kepada orang Israel: "Itulah negeri yang akan kamu bagi sebagai milik pusaka dengan membuang undi, yang diperintahkan TUHAN untuk diberikan kepada suku yang sembilan setengah itu.

https://alkitab.app/v/b5b73e8f5f08

Shallom semua, bertemu lagi dlm renungan pagi. Hari ini adalah malam pertama kebaktian mengingati minggu kesengsaraan Tuhan Yesus (mereka yg sealiran gereja dengan kita) Semoga kita dpt belajar sesuatu sepanjang kebaktian selama satu minggu. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana Yahweh membahagikan tanah yg telah dijanjikan, dikatakan dengan undi. Dengar saja undi kita terus ingat demokrasi😀. Muncul juga demokrasi dlm Alkitab, jauh sebelum dunia serkular menemukan demokrasi, Alkitab sudah memberi petunjuk tentang demokrasi lebih kurang 3 ribu tahun lebih awal. Itulah hebatnya Alkitab kita. Semasa pelayanan Tuhan Yesus konsep demokrasi muncul juga ketika Sanhidren (Majlis agama Yahudi) mengundi keatas hukuman bunuh kepada Tuhan Yesus. Hari ini dlm gereja pun kita mengamalkan demokrasi. Demokrasi memang Alkitabiah, cuba bukan semua keputusan mesti dibuat dengan cara demokrasi. Bukan semua! itu yg perlu kita ingat. Malahan terlalu sedikit demokrasi digunakan dlm Alkitab, kebanyakkan keputusan dibuat secara autoriti dari Tuhan Yesus sendiri. Seperti pemilihan 12 murid Tuhan Yesus. Tuhan Yesus sendiri memilihnya. Dalam praktis kehidupan kita pun terlalu sedikit ruang demokrasi, contoh memilih pasangan hidup, adakah kita  buat secara undi😂. Jadi kita perlu kecilkan ruang demokrasi dlm gereja sebab demokrasi bukan segala galanya. Silap mengunakan demokrasi satu bendah pun kita tidak boleh buat. Mahu bagi kerusi plastik 20 buah kepada gereja pun pun perlu guna demokrasi dan birokrasi..😂😂. Komon jangan rumitkan kadaan. Habis gula gereja pun perlu demokrasi juga, perlu 2/3 mejoriti dlm majilis gereja baru boleh beli gula satu kilo. Jangan terpedaya dengan demokrasi,  Nanti boleh membunuh rohani kita, seperti Sanhidren membunuh Tuhan Yesus.
Salam paskah dan salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 15.4.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.