Tuesday, May 7, 2019

Ulangan 10:14-15 (TB)  Sesungguhnya, TUHAN, Allahmulah yang empunya langit, bahkan langit yang mengatasi segala langit, dan bumi dengan segala isinya;
tetapi hanya oleh nenek moyangmulah hati TUHAN terpikat sehingga Ia mengasihi mereka, dan keturunan merekalah, yakni kamu, yang dipilih-Nya dari segala bangsa, seperti sekarang ini.

https://alkitab.app/v/7c0c19838b7e

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Tiba  hujung minggu  banyak aktiviti gereja yg kita akan lakukan, begitu juga aktiviti kemasyarakatan yg lain. Selamat beraktiviti dan jangan lupa kita adalah orang percaya pengikut Tuhan Yesus, biar pengakuan itu kekal walapun di mana dan apa juga yg kita buat. Puji Tuhan.
Hari ini saya ingin kongsikan ucapan Musa mengingatkan bangsa Isreal tentang bagaimana Yahweh Tuhan yg empunya alam semester ini milih nenek moyang bangsa Isreal atas pilihanNya sendiri bukan sebab mereka lebih baik dari bangsa lain. Begitu juga ketika Tuhan Yesus memilih 12 muridNya, atas kehendakNya sendiri bukan sebab mereka lebih baik, terpelajar, bijak, gagah perkasa dan sebagainya. Masa kita pilih isteri atau suami kita, siapa yg mahu😂, kita sendirikan bukan sebab pihak ketika. Itulah indahnya kita diberi kuasa untuk memilih. Anda bahagia dengan pilihan anda?..😂. Atau menyesal tak sudah?..kita mesti bertanggungjawab atas pilihan kita, walauapa pun yang terjadi, seperti Yahweh perlu mati atas ciptaanNya melalui Yesus. Tuhan Yesus dijual oleh muridNya sendiri. Mari kita belajar bertanggungjawab atas pilihan kita sendiri sampai akhir hayat kita, jadikan pilihan kita sebagai motivasi dalam hidup kita. Puji Tuhan.
Salam damai untuk kita semua
✝ Manuel Akiun. Kudat, 27.4.19

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.