Thursday, May 23, 2019

Yosua 3:7 (TB)  Dan TUHAN berfirman kepada Yosua: "Pada hari inilah Aku mulai membesarkan namamu di mata seluruh orang Israel, supaya mereka tahu, bahwa seperti dahulu Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai engkau.

https://alkitab.app/v/c24d288107d9

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Saya yakin kita semua dalam keadaan siap siaga menjalani hidup hari ini dengan penuh tanggungjawab. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kisah Yosua menyeberangi sungai Yordan, akhirnya menyeberang juga orang Isreal setelah 40 tahun tertanggu gara gara laporan negetif para pengintai yg di perintahkan Musa. Kisah air terbelah berulang lagi setelah 40 tahun yg berlalu. Wow hebat!..Sang pencipta langit dan bumi /Yahweh masih bersama bangsa Israel, seperti mana Dia berserta Musa.  Sang pencipta yg sama jugalah yg telah menjadi manusia iaitu Yesus dari Nazaret. Hari ini pun  Dia masih bersama kita dalam wujud Roh Kudus. Tiada yg berubah hanya cara pendekatanNya saja yg berbeza. Amin. Hari ini gereja sarat dengan pelbagai aktiviti ini dan itu, KKR sini sana, kursus, bangkel, seminar sini sana. Tiada masalah silakan hadir, silakan anjur, semua itu untuk memantapkan rohani agar kita berbuah. Tuhan Yesus cakap dari buahnyalah kita mengenal pokok itu. Dari buah yg kita hasilkanlah orang akan kenal kita. Perlu kita ingat fokus kita tetap kepada Tuhan Yesus. Bukan diri kita, bukan gembala kita atau para pemimpin gereja kita tetapi kepada Tuhan Yesus sahaja. Seperti bangsa Israel menyeberangi sungai Yordan, fokus mereka merebut tanah Kanaan supaya Sang pencitpa Bapa kita di Surga dimuliakan, disembah dan memerinta di tanah Kanaan. Mari kita fokuskan hidup kita kepada Tuhan Yesus sahaja supaya Dia berdaulat dalam diri kita, keluarga kita, gereja kita dan kampung kita dan negara kita. Amin
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 24.5.19

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.