Ulangan 18:20-22 (TB) Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama allah lain, nabi itu harus mati.
Jika sekiranya kamu berkata dalam hatimu: Bagaimanakah kami mengetahui perkataan yang tidak difirmankan TUHAN? —
apabila seorang nabi berkata demi nama TUHAN dan perkataannya itu tidak terjadi dan tidak sampai, maka itulah perkataan yang tidak difirmankan TUHAN; dengan terlalu berani nabi itu telah mengatakannya, maka janganlah gentar kepadanya."
https://alkitab.app/v/57ab9b00e6b0
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat melayani dan dilayani kepada kita semua, sudah tentu Tuhan Yesus berkenan dengan kehadiran kita dalam gereja hari ini. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang pesanan Musa tentang nabi yg tidak diutus Yahweh. Hukum Taurat adalah hukum hidup atau mati, tiada pengampunan atau peluang kedua, kalau perkataan nabi itu tidak terjadi bunuh saja nabi itu. Itulah hukum Taurat. Ada yg mahu hidup dlm naungan hukum Taurat?. Firman yg menjadi manusia yg telah menjadikan segala sesuatu pun mati sebab hukum Taurat, apa lagi kita. Sebab upah dosa adalah maut. Hari ini ada lagi kah nabi palsu atau hamba Tuhan yg palsu, palsu maksud saya yg tidak diutus Tuhan. Macam mana kita tahu mana palsu dan yg asli?..😀. Mudah saja, kalau perkataan mereka menarik kita kepada Tuhan Yesus dia adalah hamba Tuhan Yesus, tapi kalau sebaliknya itu bukan hamba Tuhan Yesus. Setuju dengan saya?..😀 Jangan sampai ada yg jatuh cinta dengan hamba Tuhan, berbanding jatuh cinta dengan Tuhan Yesus. Ingat baik baik jangan sesekali mengagungkan hamba Tuhan, tapi agungkan Tuhan Yesus sahaja. Jangan sesekali mengagungkan dan membenarkan diri sendiri, nanti kita pun sama seperti Lusifer.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 5.5.19
No comments:
Post a Comment