Yosua 7:2-3 (TB) Yosua menyuruh orang dari Yerikho ke Ai, yang letaknya dekat Bet-Awen, di sebelah timur Betel, dan berkata kepada mereka, demikian: "Pergilah ke sana dan intailah negeri itu." Maka pergilah orang-orang itu ke sana dan mengintai kota Ai.
Kemudian kembalilah mereka kepada Yosua dan berkata kepadanya: "Tidak usah seluruh bangsa itu pergi, biarlah hanya kira-kira dua atau tiga ribu orang pergi untuk menggempur Ai itu; janganlah kaususahkan seluruh bangsa itu dengan berjalan ke sana, sebab orang-orang di sana sedikit saja."
https://alkitab.app/v/384a974dce23
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Bagi mereka yg sedang bercuti sempena Kaamatan selamat menikmati percutian dan pastikan anda bersama keluarga. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang satu lagi kisah peperangan Yosua iaitu perang dengan kota Ai. Dikatakan kota Ai penduduknya sedikit sahaja, hanya perlu 2-3 ribu askar untuk menyelesaikan misi tersebut, berbanding kota Yerikho. Tapi apa yg terjadi, pasukan yg dihantar oleh Yosua kalah. Sebab Tuhan Bapa kita di Surga tidak berserta mereka. Ingat baik baik tanpa penyertaan Tuhan kita tidak akan mendapat kejayaan walau sekecil apa pun misi kita. Setuju dengan saya?. Itu sebab Tuhan Yesus tidak pernah meninggalkan persekutuan dengan BapaNya dalam pelayanan setiap hari. Dikatakan awal pagi lagi semasa semua orang masih tidur Tuhan Yesus sudah bangun dan berdoa. Agak agak jam berapa Tuhan Yesus bangun pagi?.mungkin jam 3 atau 4 pagi. Kita macam mana?..😅. Setelah semua orang bangun baru kita bangun. Tapi mengharap pekerjaan Tuhan luar biasa dalam pelayanan kita. 😅 Mari kita belajar sebelum melakukan apa sahaja perlu penyertaan Tuhan Bapa kita di Surga supaya kita berjaya. Amin.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 28.5.19.
No comments:
Post a Comment