Friday, May 24, 2019

Yosua 4:20-22 (TB)  Kedua belas batu yang diambil dari sungai Yordan itu ditegakkan oleh Yosua di Gilgal.
Dan berkatalah ia kepada orang Israel, demikian: "Apabila di kemudian hari anak-anakmu bertanya kepada ayahnya: Apakah arti batu-batu ini?
maka haruslah kamu beritahukan kepada anak-anakmu, begini: Israel telah menyeberangi sungai Yordan ini di tanah yang kering! --

https://alkitab.app/v/4abee35769ec

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Apa yg anda mahu buat hari ini?. Banyak aktiviti tersedia untuk kita terokai, pilihan ditangan kita, tapi pilihlah kehidupan supaya kita hidup.😀 Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang batu batu yg diangkat dari dasar sungai Yordan sebagai tanda peringatan peristewa sungai Yordan terbelah dan bangsa Israel menyeberangi sungai itu. Batu batu itu telah diletakkan di seberang sungai Yordan nama tempat itu adalah Gilgal. Batu batu itu gunanya sebagai memperingati peristewa besar itu kepada generasi baru bangsa Israel. Tidak pasti ada lagikah batu itu sampai hari ini. Semasa Tuhan Yesus dalam pelayanan Dia sendiri memberikan tanda agar kita mengingatinya iaitu Perjamuan Kudus. Atau setiap kali kita makan dan minum itulah tanda peringatan kita kepada Tuhan Yesus. Itu sebab kita diajar mengucap syukur sebelum menjama makan. Untuk memperingati Tuhan Yesus. Ingat Tuhan Yesus bererti kita ingat kematian dan kebangkitanNya dan kita ingat janji Nya iaitu dimana Dia berada kita pun bersama Dia puji Tuhan. Tuhan Yesus di mana sekarang?. Ya di Surga, nanti kita pun bersama dengan Dia. Ingat janji itu setiap kali kita makan dan minum. Amin.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 25.5.19

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.