Tuesday, May 7, 2019

Ulangan 15:1-2 (TB)  "Pada akhir tujuh tahun engkau harus mengadakan penghapusan hutang.
Inilah cara penghapusan itu: setiap orang yang berpiutang harus menghapuskan apa yang dipinjamkannya kepada sesamanya; janganlah ia menagih dari sesamanya atau saudaranya, karena telah dimaklumkan penghapusan hutang demi TUHAN.

https://alkitab.app/v/1cd0737999a8

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Cuti kelmarin cukup menyegarkan kita untuk kembali bekerja, Puji Tuhan. Hari ini saya ingin berkongsi firman Tuhan tentang tahun penghapusan hutang menurut hukum Taurat. Iaitu Setiap kali tahun ke tujuh mengikut hitungan tahun orang Israel, itulah tahun penghapusan hutang. Tujuannya ialah supaya tiada orang miskin dalam mesyarakat mereka. Baguskan. Tidak pasti adakah mereka masih mengamalkan hukum ini sampai hari ini atau tidak. Apa yg pasti  tidak pernah kita dengar negara mereka sedang dalam kebuluran, miskin dan melarat, sehingga perlu bantuan oleh negara lain, malahan mereka yg membantu negara lain. Betulkan?..Pada zaman Tuhan Yesus, dikatakan ada juga orang miskin, tidak pasti miskin sampai tiada makanan atau macam. Hari ini dalam komuniti orang Kristian yg miskin sampai tiada makanan macam tiada lagi, miskin setakat tiada rumah besar, tiada kereta besar atau tiada kebun besar itu masih ada😀. Saya pun masih termasuk miskin seperti itu. Tuhan Yesus lebih kehadapan tentang ajaran kemiskinan, Dia mengatakan "Berbahagialah mereka yg miskin di hadapan Allah" Sebelum ini teologi orang Yahudi miskin hanyalah pada pandangan dan penilaian manusia,  bukan miskin di hadapan Tuhan. Terus binggung mangkali mereka dengar khotbah Tuhan Yesus pada masa itu. Macam  mana pula saya dan anda hari ini, miskinkah kita di hadapan Tuhan? Puji Tuhan kalau anda dan saya miskin di hadapan Tuhan, sebab kita akan berbahagia. Saya yakin bukan kurang atau tiadanya harta yg Tuhan Yesus maksudkan, tetapi tentang sikap kita terhadap harta itu sendiri yg menentukan kita miskin atau kaya di hadapan Tuhan. Kalau kita menganggap semua  harta yg kita milik itu adalah hasil usaha dan milik mutlak kita, itu bererti kita kaya di hadapan Tuhan, tapi kalau kita percaya bahawa apa saja yg kita milik semua milik Tuhan, anda dan saya miskin di hadapan Tuhan. Sebab anda dan saya tiada harta sebenarnya, semua harta yg kita ada semua milik Tuhan dan wajar harta itu dikongsi dengan orang lain, jangan kedekut jangan berkira.. Ada bantahan, sangat tidak setujuh😀.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 2.5.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.