Ulangan 30:19 (TB) Aku memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu pada hari ini: kepadamu kuperhadapkan kehidupan dan kematian, berkat dan kutuk. Pilihlah kehidupan, supaya engkau hidup, baik engkau maupun keturunanmu,
https://alkitab.app/v/d5e406cc2361
Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi. Pastikan hati kita dipenuhi sukacita hari ini, bukan sebab hujung minggu tetapi kita memilih untuk bersuka cita. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang pesanan Musa yg mengingatkan bangsa Israel agar memilih kehidupan supaya mereka hidup. Bagi kita memilih kehidupan itu bererti mengikuti Tuhan Yesus. Tuhan Yesus mengatakan "Akulah kebangkitan dan hidup" Tidak mengikut Tuhan Yesus bererti tidak mahu kehidupan. Betulkan?.. Itu sebab ada manusia yg memilih kematian secara terang terangan atas alasan agama. Jangan cakap anda tidak tahu?. Selalu kita dengar ada manusia yg meletupkan dirinya sendiri di tengah manusia yg lain, sebab terlalu taksub dengan kematian. Kesiankan.., mereka ingat ada kehidupan dalam kematian.Mana ada sebab Tuhan Yesus sudah dibangkitan dari kematian, tiada apa apa dalam kematian, kosong dan hampa. Agak agak apa yg ada dlm kematian tanpa Tuhan Yesus?.😀. Anda tahu jawapanya? Ya iblis.. Jadi mari kita pilih kehidupan iaitu Yesus Kristus. Supaya kita benar benar hidup, jangan hidup separuh hidup😅😅, bikin susah diri sendiri dan orang lain itu. Pernah nampak orang yg separuh hidup?.. Tidak mampu berjalan, tidak mampu menjaga diri sendiri, tidak mampu makan sendiri, hidup bergantung dengan orang lain. Jadi mari kita pilih kehidupan iaitu Tuhan Yesus. Amin.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 17.5.19.
No comments:
Post a Comment