Yosua 5:11-12 (TB) Lalu pada hari sesudah Paskah mereka makan hasil negeri itu, yakni roti yang tidak beragi dan bertih gandum, pada hari itu juga.
Lalu berhentilah manna itu, pada keesokan harinya setelah mereka makan hasil negeri itu. Jadi orang Israel tidak beroleh manna lagi, tetapi dalam tahun itu mereka makan yang dihasilkan tanah Kanaan.
https://alkitab.app/v/92b76b21d1a6
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Selamat beribadah kepada kita semua hari ini, mereka yg melayani selamat melayani dengan penuh sukacita. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah orang Israel untuk buat kali pertama selepas 40 tahun makan dari hasil bumi di tanah perjanjian, setelah memasuk tanah Kanaan mereka menabur dan mendapat hasilnya Puji Tuhan. Pada hari itu jugalah makanan manna berhenti. Itulah hebatnya penyertaan Tuhan Bapa kita di Surga memberikan makan dan minum kepada kita yg secukupnya demi kelangsungan hidup anak anakNya. Semasa pelayanan Tuhan Yesus, Dia mengajar murid muridNya doa Bapa kami, salah satu yg disebut dlm doa itu ialah berilah kami makanan kami yang secukupnya pada hari ini. Rupanya semua makan di dunia ini sumbernya dari Bapa kita di Surga, manusia tidak dpt mencipta makanan luar daripada sumber yang disediakan oleh Bapa kita di Surga. Oleh sebab itulah setiap kali kita makan dan minum kita berdoa mengucap syukur kepada Bapa kita di Surga sebab kita tahu makanan yg tersedia adalah sumber daripada Dia. Sudahkah kita mengucap syukur setiap kali kita makan dan minum?😅 , atau sampai ketua masih tidak pandai berdoa sebelum makan?.kalau berdoa mengucap sebelum makan saja pun tidak boleh apa lagi berkongsi makan dan minuman kepada orang lain yg kita tidak kenal. Boleh kita makan dan minum hanya yg kita perlukan?..Ini pun sukar kita lakukan, mana cukup 2 tin beer sajakan, mesti tambah lagi 😅. Makan dan minum tidak perlu sampai rasa kenyang sebenarnya. Jadi mari kita belajar makan dan minum hanya yg kita perlukan sahaja lebih daripada itu kita kongsikan kepada orang lain.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 26.5.19.
No comments:
Post a Comment