Friday, May 17, 2019

Ulangan 31:1-2 (TB)  Kemudian pergilah Musa, lalu mengatakan segala perkataan ini kepada seluruh orang Israel.
Berkatalah ia kepada mereka: "Aku sekarang berumur seratus dua puluh tahun; aku tidak dapat giat lagi, dan TUHAN telah berfirman kepadaku: Sungai Yordan ini tidak akan kauseberangi.

https://alkitab.app/v/cbb60c6020bb

Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Mari kita nikmati hujung minggu dengan melakukan aktiviti yg bergembira kita, lupakan dulu tugas hakiki dalam pekerjaan kita. Gereja sentiasa menyediakan aktiviti hujung minggu, kita boleh ambil peluang ini untuk belajar mengabungkan diri dengan pelayanan. Puji Tuhan. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kisah hari hari terakhir Musa dalam pelayanan sebab kematiannya sudah diambang waktu. Dikatakan Musa tidak dibenarkan menyeberang sungai Yordan untuk memasuki tanah perjanjian. Sedihkan, selama 40 tahun Musa menyerahkan hidupnya untuk membawa bangsa Isreal masuk tanah perjanjian tetapi dia sendiri tidak dibenarkan masuki tanah perjanjian. Sedihkan. Tetapi pada zaman Tuhan Yesus akhirnya Musa dibenarkan masuk tanah perjanjian, ingat lagi semasa Tuhan Yesus bertukar wajah di salah satu gunung di Israel?. Ada dua orang yg bersama sama dengan Dia, iaitu Musa dan Elia. Melalui Tuhan Yesus Musa dibenarkan memasuki tanah perjanjian. Kita pun begitu jugakan  dibenarkan menjadi anak anak Allah. Itulah kasih karunia. Puji Tuhan. Jadi mari kita belajar memberi kasih karunia kepada orang lain, kita contohi Tuhan Yesus. Kita bukan dipanggil untuk menghakimi orang lain tapi untuk berbelas kasihan. Setuju?..😅. Atau masih mahu jadi hakim, ini itu mesti ikut cakap kita, perkara yg senang kita rumitkan, sampai menyusahkan orang lain. Akhirnya satu benda pun tidak ada yg jadi. Mari kita bertaubat dan ingat baik baik kita pun diberi kasih karunia dengan melalui darah Tuhan Yesus, bukan hasil usaha kita.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. Kudat, 18.5.19.

No comments:

Post a Comment

25.1.2020 Mogivas dulu.