Yosua 1:1-3 (TB) Sesudah Musa hamba TUHAN itu mati, berfirmanlah TUHAN kepada Yosua bin Nun, abdi Musa itu, demikian:
"Hamba-Ku Musa telah mati; sebab itu bersiaplah sekarang, seberangilah sungai Yordan ini, engkau dan seluruh bangsa ini, menuju negeri yang akan Kuberikan kepada mereka, kepada orang Israel itu.
Setiap tempat yang akan diinjak oleh telapak kakimu Kuberikan kepada kamu, seperti yang telah Kujanjikan kepada Musa.
https://alkitab.app/v/ab04966fdaba
Shallom semua, bertemu lagi dalam renungan pagi. Tiada hari yg lebih baik selain hari ini. Kecemerlangan hari esok ditentukan hari ini. Puji Tuhan. bermula pada hari ini kita akan berkongsi tentang seorang tokoh Alkitab iaitu Yosua bin Nun, abdi Musa. Wow abdi pun boleh menggantikan majikannya. Itulah hebatnya kuasa Tuhan, Tuhan Bapa kita di Surga boleh memilih siapa saja menjadi pemimpin yg Dia mahu tanpa melihat latarbelakang seseorang itulah kasih karunia. Sebab itu jangan sekali kali pandang rendah orang bawahan kita, siapa tahu dia akan menjadi tuan kita di kemudian hari 😀. Tugas Yosus sangat jelas iaitu menyeberangi sungai Yordan dan merebut tanah perjanjian. Menyeberangi sungai Yordan bererti istehar perang terhadap bangsa yg ada di seberang sungai Yordan. Bukan tugas mudah itu, ini soal hidup dan mati. Semasa Tuhan Yesus melangkah menuju Yerusalem semasa perayaan paskah sebenarnya Dia sedang melakukan misi antara hidup dan mati, bukan sekadar meraihkan paskah dan bersukaria. Kita hari ini macam mana?. Pernah berhadapan situasi antara hidup dan mati?..Kalau boleh kita semua mahu mengelakkan situasi begitu, lebih baik di padang gurun saja ada manna dari Surga yang diberikan oleh Bapa kita di Surga. Betulkan?😀. Siapa juga mahu menyeberang sungai Yordan?. Tapi sampai bila kita hidup di padang pasir?..Jadi mari kita bertaubat dan seberangilah sungai Yordan, fokus kepada kuasa Bapa kita di Surga, pasti hidup kita lebih baik dari hari semalam. Buatlah keputusan hari ini dan mulalah melangkah. Mulalah membaca firman Tuhan, mulalah berdoa, mulalah datang ke gereja dan banyak lagi perkara yg kita boleh mulakan hari ini. Dari kita saja itu mahu atau tidak. Mahu menyeberangi sungai Yordan atau tetap tinggal di padang pasir.
Salam damai untuk kita semua.
✝ Manuel Akiun. KK, 22.5.19.
No comments:
Post a Comment